Kalimah Allah Dilarang Disamakan Dengan Agama Bukan Islam – MAINS

PORT DICKSON, 21 April (Bernama) — Kalimah Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama lain, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Datuk Dr Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir.

Abdul Aziz menasihatkan demi menjaga keharmonian dan perpaduan rakyat di negeri ini serta menjaga sensitiviti setiap rakyat dan agama, MAINS menyeru agar rakyat bukan Islam di negeri ini akur serta patuh kepada undang-undang sedia ada selain umat Islam hendaklah juga mematuhi fatwa yang diwartakan.


Beliau berkata sebagaimana Fatwa Negeri Sembilan yang telah diwartakan pada 14 Sept 2016, umat Islam wajib menjaga penggunaan kalimah Allah dengan cara terbaik.

Advertisement

“Jika terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka tindakan perlu diambil mengikut undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Kita ingin jelaskan bahawa di negeri ini ada undang-undang mengenai isu ini yang digubal berasaskan peruntukan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita di sini.

Jelasnya, Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam Di Kalangan Orang Islam) (Negeri Sembilan) 1991 (Enakmen No.9/1991) diluluskan di negeri ini berkuat kuasa pada 5 April 2007.

Beliau berkata enakmen tersebut menyenaraikan sebanyak 36 perkataan yang dilarang dan tidak boleh dikaitkan dengan agama bukan Islam seperti dalam Jadual (Seksyen 9) Bahagian 1, termasuklah penggunaan kalimah Allah.

Sumber: BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

8 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

12 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

17 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

3 days ago