Connect with us

Jenayah

Tular Video Gaduh Depan Restoran Di Ipoh, Polis Tahan 2 Lelaki, Buru Pemilik Akaun Twitter

“Dia sudah tumbuk saya, dia mau tumbuk saya, boleh saya buat report atas dia?” demikian pertanyaan penghantar makanan Grab Food terhadap dua anggota penguatkuasa di Taman Foo Onn, Ipoh, Perak dalam sebuah video yang tular di media sosial semalam.

Bagaimanapun anggota berkenaan meminta lelaki terbabit beredar dari lokasi kejadian bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih keruh.

Kedengaran dalam video tersebut ada suara yang menyebut kejadian yang berlaku itu hanyalah masalah kecil yang tidak perlu diperbesar-besarkan.

Namun, lelaki itu tidak berpuas hati kerana merasakan dirinya tidak bersalah dalam kes itu dan sekali lagi menegaskan kepada beberapa orang awam di situ bahawa dia telah dikasari oleh peniaga berkenaan.

Advertisement

Rider Grad Food yang kelihatan pasrah dengan jawapan diterima akhirnya mengalah dan mahu beredar, namun belum sempat dia berbuat demikian, datang peniaga terbabit yang menendang kakinya dari belakang.


Mangsa terus spontan mencengkam rambut dan menariknya sehingga terjatuh serta memukul kepalanya bertubi-tubi. Dua lelaki dan seorang wanita yang dipercayai isteri suspek, segera meleraikan pergelutan yang tidak diingini itu.

Suspek bagaimanapun bangkit dan mengambil topi keledar mangsa dan mengacah mahu membalas semula pukulan itu. Tetapi dihalang oleh orang awam. Memandangkan usaha untuk memukul mangsa tidak berjaya, suspek bertindak menendang motosikal mangsa.

Hal itu membuatkan mangsa berasa geram lalu meluru dan menghentam kepala suspek. Ketika itu barulah yang lain tampil ke depan untuk menghalang keadaan menjadi lebih teruk.

Advertisement


Suspek masih enggan mengalah itu dan mengambil semula topi keledar, membuatkan isterinya berasa geram dan menjerit “SUDAH! SUDAH LAH BERGADUH BANG!!!”.

Menurut Harian Metro, pihak polis dilaporkan telah menahan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan di luar sebuah restoran di sini, seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, satu laporan polis berkaitan kejadian terbabit diterima sebaik kejadian berlaku.

“Hasil siasatan dan tindakan lanjut, polis berjaya membuat tangkapan terhadap dua lelaki yang dikenal pasti terbabit dalam pergaduhan berkenaan.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dan provokasi antara pemilik restoran dan pelanggan berkaitan isu pembayaran makanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Advertisement

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 160 dan 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Dalam perkembangan berkaitan, A Asmadi berkata, polis juga mengesan seorang pemilik akaun Twitter bernama ‘v 3 3 r u @Veeruuuuuuuu’ yang tweet komen kononnya anggota polis berada di tempat kejadian dan tidak mengambil tindakan sewajarnya dengan berkongsi satu video mengenai kejadian pergaduhan terbabit.

“Semakan mendapati bahawa individu yang dilihat berpakaian seragam warna gelap di dalam video itu bukanlah anggota polis dan sebenarnya adalah anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Beliau berkata, sehubungan dengan itu, satu laporan polis juga dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh mengenainya untuk siasatan mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu tular sebuah video berdurasi 1:36 tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki dipercayai penghantar makanan diserang seorang lelaki lain yang keluar dari sebuah restoran, di Ipoh.

Advertisement

Sumber: INFO KES JENAYAH, KEMALANGAN DAN BENCANA DI MALAYSIA & LUAR NEGARA, Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel