Connect with us

Jenayah

Remaja 18 Tahun Dirogol, Diliwat Bapa Dan 3 Abang Kandung, Polis Tahan 4 Suspek Termasuk Kakak Ipar

Haruan makan anak, perbuatan jahat bapa dan tiga anak lelakinya menjadikan remaja perempuan berusia 18 tahun sebagai hamba seks selama setahun terbongkar selepas mereka diberkas kelmarin.

Menurut laporan Sinar Harian, remaja berusia 18 tahun yang tinggal di Taman Sri Krubong, Tanjung Minyak mendakwa dirogol dan diliwat sejak lebih setahun yang lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, sejak kematian ibu, mangsa tinggal di rumah berkenaan bersama keempat-empat suspek.


Advertisement

Tambahnya, mangsa mendakwa kejadian tersebut berlaku sejak Februari tahun lalu. Kali terakhir mangsa diliwat dan dirogol bergilir-gilir oleh bapa dan tiga abang kandungnya adalah pada akhir Februari lalu.

Mangsa mendakwa ketika kejadian suspek berada di bawah pengaruh dadah. Mangsa juga dikatakan telah diberikan minuman bercampur dengan bahan disyaki dadah.

“Mangsa juga mendakwa kedua-dua tangan dan kakinya diikat menggunakan tali rafia di penjuru katil dan mulut ditutup dengan pita pelekat.”

“Pada waktu malam, mangsa akan dirogol pula oleh bapa kandung dan akan dipukul sekiranya melawan.”

Advertisement


Berikutan itu, kesemua suspek berusia 23 hingga 48 tahun termasuk seorang wanita dipercayai kakak ipar mangsa telah ditahan polis bagi membantu siasatan. Kesemua mereka direman tujuh hari sehingga 29 April ini.

Hasil saringan ujian air kencing mendapati tiga orang daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine. Kes disiasat di bawah Seksyen 376B dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel