Friday, December 05, 2025

Kru Nanggala 402 Sempat Nyanyi Lagu Sampai Jumpa

April 25, 2021
1 min read
Please go to your Post editor » Post Settings » Post Formats tab below your editor to enter video URL.

KUALA LUMPUR – Insiden tragedi yang menimpa kru kapal selam KRI Nanggala 402 merupakan berita duka yang menimpa seluruh rakyat Indonesia.

Malah kepiluan jelas dirasai apabila tular pula sebuah video mempamerkan kru kapal selam tersebut berkumpul menyanyikan lagu berjudul Sampai Jumpa beramai-ramai.



Video tersebut dikongsi oleh pelantun lagu berkenaan, Erix Soekamti menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Dalam video itu, kelihatan salah seorang kru sedang bermain gitar sementara rakan-rakan lain menyanyikan lagu tersebut sewaktu berada dalam kapal selam itu.

Lirik lagu Sampai Jumpa yang dinyanyikan mereka berbunyi:

“Datang akan pergi

Lewat ‘kan berlalu

Ada ‘kan tiada bertemu akan berpisah

Awal ‘kan berakhir

Terbit ‘kan tenggelam

Pasang akan surut bertemu akan berpisah

Hey, sampai jumpa di lain hari

Untuk kita bertemu lagi

Kurelakan dirimu pergi

Meskipun ku tak siap untuk merindu

Ku tak siap tanpa dirimu

Kuharap terbaik untukmu”

Meneliti setiap bait lagu itu, ternyata ia seperti membawa maksud mendalam yang menimpa kru tersebut.

Ia seakan satu pesanan terakhir’ daripada setiap kru ingin disampaikan buat ahli keluarga, saudara mara serta insan tersayang yang menanti kepulangan mereka.

Sumber: MalaysiaGazette

HANGAT MINGGU INI

Gara-gara masih berhutang RM600, ah long pegang badan jenazah, halang daripada dimandikan

SULAWESI: Sebuah video tular dalam media sosial selepas jenazah seorang lelaki berusia

Tarian Reog Ponogoro: Wakil Indonesia ke UNESCO sahkan Malaysia tak pernah “Claim”

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini, Menteri Penyelasas Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan,