Connect with us

Politik

Shahidan Kassim Terima Keputusan Bukan Lagi Pengerusi Umno Perlis

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahidan Kassim (pix) menerima keputusan pelucutan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perlis.

Shahidan, yang juga Ahli Parlimen Arau, berkata Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempunyai hak untuk melantik sesiapa yang terbaik untuk jawatan itu.



“Apa pun saya berterima kasih kepada presiden (Ahmad Zahid) yang telah memberi kepercayaan kepada saya selama ini.

“Presiden telah membuat keputusan, jadi keputusan ini kita akan patuhi. Cumanya kita belum mendapat apa-apa maklumat rasmi dan hanya melalui kenyataan media,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Advertisement

Petang tadi, Ahmad Zahid dalam kenyataan memaklumkan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis yang baharu, menggantikan Shahidan berkuat kuasa kelmarin. -Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel