Connect with us

Terkini

Panglima TNI: Kru KRI Nanggala-402 Diberi Kenaikan Pangkat

Kesemua 53 orang kru KRI Nanggala-402 disahkan meninggal dunia selepas kapal selam dinaiki mereka ditemui pecah di dasar laut pada kedalaman lebih 800 meter.

Susulan daripada itu, kerajaan Indonesia akan memberikan penghargaan dan kenaikan pangkat kepada kesemua 53 kru tersebut.



Menurut Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto, penghargaan dan kenaikan pangkat ini akan diajukan secara berperingkat kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo.

“Kita akan berikan penghargaan kepada perajurit yang terkorban dan ia akan disampaikan kepada Presiden secara berperingkat. Penghargaan yang diberikan berupa kenaikan pangkat.”

Advertisement

Ujar Hadi, penghargaan itu akan diproses dalam kadar segera dan ianya merupakan penghargaan buat kesemua mereka yang telah terkorban.

“Atas nama seluruh perajurit dan keluarga besar TNI, selaku Panglima TNI, saya sampaikan rasa dukacita yang sedalam-dalamnya kepada seluruh keluarga anggota yang gugur.”

Di samping itu, Hadi turut memaklumkan bahawa aset dari Singapura, MV Swift Rescue telah menurunkan ROV dan melakukan carian di dasar laut secara visual menggunakan kamera.

Secara tak langsung, mereka mengesahkan bahawa beberapa serpihan yang ditemui adalah dari KRI Nanggala-402.

Sumber: Tribun News

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel