Wednesday, December 10, 2025

Ini Penjelasan Dari Ketua Polis Kenapa Penjual Burger Dikompaun RM50,000

April 27, 2021
1 min read

Seorang peniaga burger meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa dikenakan kompaun RM50,000 oleh pihak polis bagi kesalahan berniaga melebihi waktu ditetapkan.

Melalui hantaran yang tular di media sosial seorang peniaga burger yang dikenali sebagai Wan Mohd. Faisal menyatakan bahawa dia dikompaun sebanyak RM50,000 oleh pihak polis ketika dia sedang berniaga di hadapan rumah.



Memetik laporan Kosmo Online, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu mengesahkan bahawa pihaknya telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM50,000 kepada seorang peniaga yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) ketika menjalankan perniagaan di hadapan rumahnya di Jalan Panji di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kompaun itu dikeluarkan terhadap peniaga burger itu selepas dia didapati melanggar SOP ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika ini.

Katanya, polis menerima aduan daripada penduduk kampung bahawa peniaga itu sering berniaga melebihi masa iaitu lebih pukul 10 malam selain ramai pelanggan yang duduk dan makan di situ.

“Kita telah menjalankan siasatan lanjut dan mendapati peniaga itu telah melanggar SOP yang ditetapkan.

“Anggota polis kemudiannya telah menyerbu premis terbabit kira-kira pukul 11.30 malam tadi dan mengeluarkan kompaun terhadap lelaki itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tegas Abdul Rahim, polis tidak akan sesuka hati mengeluarkan kompaun dan ia akan dikeluarkan sekiranya terdapat kesalahan yang melanggar SOP PKP.

Katanya, difahamkan, selain burger, peniaga terbabit turut menjual pelbagai makanan lain kepada pelanggan.

“Bagaimanapun, peniaga tersebut boleh mengemukakan rayuan pengurangan kompaun kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan nilainya tidak akan mencecah RM50,000,” katanya.

Sumber: Kosmo Online[

HANGAT MINGGU INI

Wanita Cuba ‘Cop Parking’, Terkejut Kereta Tetap Masuk Sendiri

CHINA – Dalam situasi harian yang penuh sesak, mencari satu petak parkir

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik