Connect with us

Global

Remaja Yatim Piatu Maut Diseksa Hanya Kerana Tuntut Upah RM13

Published

on

 11,087 total views,  3 views today

Kaherah: Menyedihkan apabila remaja yatim piatu maut selepas diseksa selama dua jam oleh majikannya di Mesir.

Ia selepas mangsa yang berusia 14 tahun itu menuntut upah hariannya sebanyak 50 pound Mesir (kira-kira RM13).

Media tempatan melaporkan remaja itu dikatakan bekerja di rumah penyembelihan ayam selama tujuh bulan sebelum kejadian,

Menurut siasatan awal, Saleh Tamer diseksa selama 120 minit yang berakhir dengan kematiannya di rumah sembelih terletak di kampung Mit Suhail di wilayah Sharqia.



Siasatan polis juga menunjukkan penyeksaan terhadap mangsa dimulakan ketika dia meminta upah hariannya daripada pemilik rumah sembelih itu, pada hari sebelumnya.

Remaja itu mengatakan dia tidak lagi dapat terus bekerja di situ kerana seseorang mengganggunya dan mendesaknya supaya bekerja tanpa rehat.

Atas alasan itu, suspek (pemilik rumah sembelih) mula memukul dan menyeksa mangsa dengan menggunakan api.

Akibatnya, remaja dikejarkan ke klinik berdekatan di mana doktor memberitahu mangsa koma dan mesti segera dibawa ke hospital untuk menyelamatkan nyawanya.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Pusat Al Saadin di Minya Al Qamh.

Menurut Akhbar Al Watan, laporan forensik menunjukkan remaja itu mengalami luka terbakar dan lebam pada bahagian badannya.

Sementara itu, pemilik rumah sembelih mendakwa pihaknya menemui mayat budak lelaki itu di depan rumah berkenaan. – Agensi

Global

Sebak Nampak Wanita Mirip Ibu, Gadis Lahir Dari ‘Broken Family’ Ini Minta Izin Peluk Kerana Terlalu Rindu

Published

on

 4,065 total views,  4,065 views today

Membesar dari keluarga yang porak peranda, Egiselpiana terpaksa berpisah dengan ibunya beberapa tahun lalu. Menurut TribunNews, si ibu terpaksa pergi dari rumah mereka dan tidak dapat dikesan lagi.

Malah, hingga kini, usaha Egi mencari ibunya belum membuahkan hasil.

Melalui video dikongsikan gadis itu di TikTok Khamis lalu, Egi menceritakan saat bertemu seorang wanita yang seakan wajah ibunya.



“Aku lahir dari broken home. Ditinggal ibu. Raya ni rasa sunyi.. Tak sengaja aku hanya dapat melihat muka yang mirip ibu aku di mall,” tulis gadis itu.

Katanya, wanita bertudung merah dan memakai topeng muka itu sangat serupa dengan ibunya. Namun setelah bertemu, barulah gadis itu sedar persamaan itu hanyalah disebabkan topeng muka yang dipakai.

“Terkejut sangat. Ingatkan ibu saya, rupanya cuma mirip.”

Lantaran terlalu rindu, gadis itu mendekati wanita berkenaan dan meminta izin untuk memeluknya.

“Minta izin dengannya untuk peluk sebab belum pernah rasa pelukan dari ibu kandung sendiri. Ini masanya untuk peluk orang yang mirip ibu kandung sendiri,” ujarnya.

“Walaupun hanya mirip, tapi rasa sangat ketulusan seorang ibu,” luah gadis berkenaan yang mengharap dapat bertemu dengan ibunya semula.

“Cepat pulang ya ibu. Semoga ibu ingat anakmu ini.”

@egiselpiana#WeDOIndonesia #fypシ #viral #brokenhome #BetterOnSero♬ original sound – febiola🌸


Dalam video berasingan, Egi berpesan kepada orang ramai agar terus berbakti kepada kedua-dua orang tua dan tidak membuatkan mereka menitiskan air mata.

@egiselpiana#YourFaceChampion #WeDOIndonesia #brokenhome #GoodTimeKitchen #fypシ♬ original sound – febiola🌸


Sumber: Tribun NewsTikTok

Continue Reading

Global

Beri Nama Anak Yang Sukar Dieja Dan Disebut, Ghlynnyl Hylhyr Yzzyghyl Mampuan Buscato

Published

on

 3,502 total views,  3,502 views today

Manila: Sebuah keluarga di Filipina menamakan bayi mereka yang baru dilahirkan dengan nama unik yang sukar dieja dan disebut.

Bayi lelaki berkenaan dinamakan Ghlynnyl Hylhyr Yzzyghyl Mampuan Buscato.

Datuk bayi itu, Raugyl Ferolin Estrera dari Carmen, Cotabato berkata, dia yang memutuskan memberikan nama unik itu untuk cucunya.



Katanya, nama itu mempunyai nilai sentimental kerana dihasilkan dengan gabungan huruf namanya, isterinya, bapa dan ibu bayi itu selain anak saudaranya.

“Jika saya memberikannya nama, ia mesti nama yang ada nilai dalam keluarga kami,” katanya dalam portal GMA News.

Bagaimanapun, Estrera berkata, ramai yang keliru dan sukar menyebut atau mengeja nama cucunya itu termasuk pegawai pendaftaran yang terpaksa mencetak semula sijil beranaknya apabila tersilap mengeja nama bayi berkenaan.

“Untuk memudahkan semua orang, saya memberikan nama panggilan lebih ringkas iaitu Consonant walaupun berbeza daripada nama asalnya.

“Apabila Consonant besar dan mula pandai membaca dan menulis nanti, kami akan mengajarnya cara mengeja dan menulis namanya.

“Kami akan jelaskan asal-usul namanya biar dia tahu pentingnya makna namanya itu,” katanya. – Agensi

Continue Reading

Global

Jururawat Cantik Dibakar Hidup-Hidup Oleh Lelaki Yang Tidak Dikenali

Published

on

 4,595 total views,  4,595 views today

Jururawat yang mempunyai paras rupa yang cantik bernama Eva Sofiana Wijayanti, 33, dilaporkan dibakar hidup-hidup oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya, ketika sedang berehat di Klinik Bunga Husada, di tempatnya bekerja, di Desa Arjowilangun, Kecamatan Pagelaran, Kabupaten Malang, Indonesia.

Eva yang aktif di media sosial Facebook dan Instagram, selalu memuat naik gambar di media sosial dengan senyuman yang manis. Difahamkan, wanita itu mempunyai dua anak lelaki yang masih kecil.


Sehingga kini, polis masih memburu suspek yang telah menganiaya ibu kepada dua anak itu.

Berdasarkan kronologi, suspek pada awalnya turun dari motosikal jenis Honda Beat berwarna merah dan lalu menghampiri Eva.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memakai jaket dan helmet serta pelitup muka untuk menutup wajahnya.

Sebaik saja menghampiri Eva, suspek terus menyiram cecair yang dipercayai petrol dari botol minuman yang dibawanya, ke wajah dan badan Eva, lalu menyalatkan api pada badan mangsa.

Eva meronta-ronta kepanasan dan tubuh badannya terus terbakar sehingga hangus.

Lebih malang lagi, kejadian itu berlaku ketika tiada seorang pun yang berada di sekitar kawasan itu. Kejadian itu hanya disedari oleh kakitangan klinik selepas terdengar jeritan pilu dari Eva. – Agensi

Continue Reading
Advertisement

Join our Telegram Channel

Trending