Connect with us

Terkini

Polis Buru Individu Sebar Maklumat 12 Pegawai Penguat Kuasa Yang Ditahan

JOHOR BAHRU — Polis melancarkan gerakan memburu individu yang menyebarluaskan senarai nama 12 pegawai penguat kuasa yang ditahan kerana dipercayai terbabit dengan kegiatan jenayah “Geng Nicky”.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata langkah itu susulan pihaknya telah mengesan maklumat sulit itu disebarkan melalui aplikasi WhatsApp.



“Tindakan menyebarkan maklumat ini boleh diambil mengikut Seksyen 203A(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM1 juta atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Ini bagi mengenal pasti punca kebocoran maklumat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Advertisement

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat tersebut kerana perbuatan sedemikian boleh mengakibatkan mereka diambil tindakan mengikut seksyen berkenaan.

Dalam sidang media tengah hari tadi, Ayob Khan berkata seramai 10 pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan dalam Ops Pelican 3.0 Fasa 2 yang dijalankan Polis Kontinjen Johor sejak 21 April sehingga hari ini.

Operasi itu, katanya, dijalankan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan dengan mereka yang ditahan  berusia antara 36 hingga 49 tahun.

Sumber: BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel