Friday, December 05, 2025

“Seolah Otak Di Lutut” – Pembaca Berita Astro Awani ‘Sound Setepek’ Isu Kompaun RM50k

April 28, 2021
1 min read
Please go to your Post editor » Post Settings » Post Formats tab below your editor to enter video URL.

Sejak semalam, viral isu kompaun RM50k apabila peniaga burger dan colek masing-masing dikenakan kompaun yang tinggi dipercayai kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Perkara ini telah mengundang rasa tidak puas hati netizen apabila peniaga kecil yang mencari rezeki untuk keluarga terpaksa mencari wang untuk membayar denda yang dikatakan seperti ‘tidak masuk akal’.

Di Twitter, pembaca berita Astro Awani menerima pujian apabila secara lantang telah menyuarakan isu kompaun ini.



Menurutnya, tindakan kompaun tersebut seolah-olah ‘otak dilutut’ apabila mengenakan kompaun kepada penjaja kecil yang berniaga di kawasan kampung.

Terdahulu, polis Kelantan dilaporkan akan meneliti semula kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap tiga peniaga di negeri itu.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, pihaknya akan memanggil semula orang yang dikenakan kompaun (OKK) membabitkan tiga peniaga berkenaan.

“Peniaga berkenaan akan dipanggil untuk ditawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan (Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun) yang ditetapkan bagi kesalahan di bawah Akta 342 dan peraturan-peraturan di bawahnya.”

“Merujuk kepada kes tular di media sosial membabitkan pemilik burger yang dikenakan kompaun RM50,000, pada masa sama pihak polis mengeluarkan tiga kompaun kepada pemilik premis kedai makan termasuk peniaga burger.”

Tambahnya lagi, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak polis telah meningkatkan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di seluruh daerah.

Kredit: Zulhelmikhari , Astro Awani, OhMedia

HANGAT MINGGU INI

Anak Hadiahkan Kereta Baharu Buat Ibu Bapa, “Setiap Lelahmu Tak Mampu Kami Balas”

KUALA LUMPUR – Dalam hidup setiap anak, ada satu impian yang sering

Penjual Donut Dijemput Jadi Tetamu Allah, “Selalu Ada Jalan Untuk Setiap Niat Baik”

KUALA LUMPUR, — Di saat dunia hari ini sarat dengan cerita yang