Connect with us

Jenayah

Tular Video Pijak Anak Dan Acu Pisau, Bapa Dipenjara 22 Tahun

Sebelum ini pihak polis telah bertindak menahan seorang lelaki warga Indonesia di Kampung Andung di Jalan Kabogan, Semporna pada Khamis selepas dipercayai memijak dan mengugut bunuh dua anaknya dalam kejadian di Ulu Balung, Tawau.

Terkini memetik Astro Awani, lelaki tersebut telah dihukum penjara 22 tahun selepas didapati bersalah mendera dua anak kandungnya, di Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa.

Nasir Basir, 26, yang juga warga Indonesia terdahulu membuat pengakuan bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.



Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap anak perempuan dan lelakinya yang masing-masing berusia lima serta tiga tahun di rumah pekerja, Ladang Giram Divisyen Ulu Balung, Jalan Tawau-Kunak pada jam 3 petang, 13 April 2021.

Advertisement

Sehubungan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kershanathan Pathmanathan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuan mengurangkan hukuman, berkata ketika kejadian itu dia dalam keadaan tertekan kerana masalah rumah tangga dan berbuat demikian untuk meminta isterinya pulang ke rumah.

Hakim kemudian menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun bagi setiap pertuduhan dan dijalankan secara berasingan.

Terdahulu pada 13 April tular sebuah video memaparkan seorang bapa mendera dua anaknya dengan memijak mereka beberapa kali dan mengugut dengan senjata tajam.

Advertisement

Kejadian tersebut sengaja dirakam tertuduh menerusi dua rakaman video, berdurasi 26 minit dan 16 saat, menggunakan telefon bimbit sebelum dia ditangkap di Kampung Andun Jalan Kabogan, Semporna keesokan harinya.

Sumber: Astro Awani

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel