Connect with us

Terkini

‘Kami Kerja Siang Malam Nak Bina Rumah, Beli Kereta’ – Peniaga Burger Dan Isteri Kesal Dilempar Tohmahan

Baru-baru ini, netizen dikejutkan dengan berita penjual burger dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 biarpun hanya berniaga di hadapan rumahnya.

Perkara tersebut diluahkan oleh seorang peniaga bernama Wan Mohd Faisal, 38, menerusi satu perkongsian di Facebook.



Walau bagaimanapun peniaga burger itu dan isterinya, Noralili Shafii, 36  kesal dengan tindakan netizen yang melemparkan pelbagai tohmahan selepas gambar kehidupan peribadi mereka tular di laman sosial Facebook, sejak semalam.

Memetik laporan Harian Metro, Norlaili berkata, rumah yang didiami atas tanah pusaka itu dibina hasil simpanannya yang berniaga burger selama 16 tahun, jual kuih-muih dan tudung dari jam 6 petang sehingga 7 pagi.

Advertisement

Katanya, selain itu, dia terpaksa menjual barang kemas sebanyak RM30,000 serta meminjam daripada ibu dan adik beradiknya.

“Pinjaman daripada ibu dan adik beradik belum dibayar sepenuhnya lagi.

“Kami kerja siang malam mencari wang untuk membuat rumah dan membeli kereta kerana selama ini kami menumpang di rumah ibu selama 11 tahun bersama tiga adik beradik lain,” katanya.

Menurutnya, gambar yang tular dia dan suaminya makan daging wagyu yang bernilai RM900 itu, Norlaili berkata, dia berkongsi bayar dengan tiga adik beradiknya yang lain.

“Saya minta orang ramai tidak mengecam kami kerana kami tidak pernah mengambil kesempatan terhadap isu ini,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, pasangan suami isteri itu menerima kecaman hebat daripada netizen apabila tular gambar mereka bersama sebuah kereta dan makan hidangan wagyu di sebuah restoran.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel