Connect with us

Terkini

Pelajar IPT Yang Berada Di Kampus Dibenar Rentas Negeri Pulang Beraya Aidilfitri Di Rumah Masing-masing, Kecuali Sarawak – KPT

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan media sebentar tadi memaklumkan bahawa pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada di kampus dibenar untuk pulang ke rumah masing-masing sempena cuti Hari Aidilfitri kecuali Sarawak.

Walau bagaimanapun, para pelajar turut diberi pilihan sama ada pulang ke kampung halaman ataupun kekal di kampus masing-masing sepanjang cuti perayaan ini.

Menurut kenyataan itu lagi, kebenaran yang diberi ini selaras dengan ketetapan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang memberi kelonggaran kepada sektor pendidikan.



Selain itu, KPT turut memaklumkan bahawa pihaknya telah menetapkan mekanisma kawalan di setiap IPT yang mana pergerakan pelajar akan dilakukan secara berfasa.

Advertisement

Mekanisma kawalan ditetapkan adalah seperti berikut:

Pergerakan pulang ke rumah masing-masing: 7 – 12 Mei

Pergerakan kembali ke kampus masing-masing: 15 – 20 Mei

Sehubungan itu, IPT masing-masing akan menyediakan surat kebenaran rentas daerah/negeri dan menyelaras tarikh pergerakan pulang ke rumah dan kembali ke kampus bagi setiap pelajar.

KPT juga menetapkan bahawa pergerakan pulang pelajar akan dibuat melalui 3 kaedah iaitu (a) kenderaan sendiri, (b) dijemput oleh ibu bapa atau penjaga dan (c) menggunakan bas yang disediakan oleh IPT.

Advertisement

Pergerakan pulang menggunakan pengangkutan awam bagaimanapun tidak dibenarkan, kecuali perkhidmatan penerbangan.

Para pelajar dan ibu bapa boleh merujuk SOP Pergerakan Pulang Pelajar Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri dan Dokuman Soalan Lazim di laman web KPT.

Sumber: FB Kementerian Pengajian Tinggi

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel