Connect with us

Terkini

Tular Video Suami Isteri Bertengkar Dalam Kereta, Anak Jadi Mangsa Keadaan

Sebelum ini, tular sebuah minit dan sepuluh saat memaparkan sepasang suami isteri bertengkar di dalam kereta di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling sehinggakan rakaman video kejadian itu tular di media sosial.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial Twitter yang menyaksikan sepasang suami isteri bertengkar sambil memangku seorang bayi di dalam kereta sehingga si suami bertindak memukul isteri serta bayinya.

Disebabkan tindakan suami itu yang didakwa oleh si perakam, dia terus bertindak menjerit meminta pertolongan orang awam.



Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pasangan berkenaan telah datang ke Balai Polis Sri Petaling sekitar pukul 4 petang pada hari yang sama.

Advertisement

“Hasil soal siasat mendapati pasangan itu mengaku berlaku salah faham mengenai urusan penjagaan anak.”

Ketua Balai Polis Sri Petaling menasihati suami isteri tersebut untuk membuat laporan polis tetapi ditolak oleh mereka. Mereka dikatakan sudah berdamai sebelum beredar dari balai.

Pada masa yang sama, Anuar Omar turut menafikan komen dari netizen yang mengatakan bahawa pihak polis tidak melaksanakan tugas dengan baik tentang kejadian itu.

“Saya menafikan komen berkenaan dan segala tindakan telah diambil oleh Ketua Balai Polis Sri Petaling.”

Beliau sempat berpesan kepada warganet supaya berhati-hati dalam memberikan komen yang boleh menjatuhkan reputasi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Advertisement

Sumber: Kosmo!

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel