Monday, December 08, 2025

KRI Nanggala 402 Dilapor Bakal Diangkat Dari Kedalaman 838 Meter, Kapal Timas 1201 Mungkin Digunakan

May 1, 2021
1 min read

Kapal selam KRI Nanggala-402 yang hilang kontak pada 21 April lalu akan diangkat ke permukaan dengan bantuan Kapal Timas 1201, lapor Kompas.com.

Menurut portal itu, kapal itu telah disahkan tenggelam pada kedalaman 838 meter di laut utara Bali, mengorbankan 53 anak kapal.

Susulan itu, TNI Angkatan Laut Indonesia dengan kerjasama Satuan Kerja Khusus Pelaksana Kegiatan Usaha Hulu Minyak dan Gas Bumi (SKK Migas) akan  mengangkat badan kapal berkenaan mungkin menggunakan Kapal Timas 1201.



Direka untuk bekerja di perairan dalam dan cetek, kapal sepanjang 162.3 meter ini dapat bergerak pada kelajuan 15 knot. Ia juga mampu beroperasi sehingga kedalaman 3,000 meter dan mengendalikan paip berlapis konkrit OD hingga 60 inci.

Kapal lengkap berkren yang dicipta pada 2010 ini juga mempunyai teknologi terbaru dan memiliki ruang penginapan berstandard tinggi.

Sumber: Kompas.com

HANGAT MINGGU INI

Indonesia Kenal Pasti 700 Lokasi Harta Karun, Potensi Kekayaan Bernilai Besar Menanti

JAKARTA – Indonesia kini berdepan potensi penemuan bersejarah berskala besar selepas Kementerian

Kisah Pengembara Malaysia Bantu Pemilik Kedai Halal di Jinan Raih Perhatian Ramai

XINJIANG – Ada kalanya, dalam perjalanan kita di negara asing, Tuhan menghadirkan