Connect with us

Jenayah

Pengasuh Ditahan Polis Selepas Bayi 9 Bulan Ditemui Maut Dengan Kesan Lebam Di Bahagian Mulut Dan Dubur

Seorang bayi lelaki yang berusia sembilan bulan ditemui dalam keadaan yang tidak sedarkan diri dengan kesan lebam dibahagian  mulut dan juga dubur.

Menerusi satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, pihaknya telah menahan pengasuh wanita dan suaminya berikutan disyaki menjadi ‘dalang’ kepada kematian kanak-kanak itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid pasangan berkenaan yang berusia 35 tahun telah ditahan di sebuah rumah di pangsapuri Jalan PJU 1A/42, 8 malam, semalam.

 

Advertisement

“Pada mulanya polis menerima maklumat daripada seorang doktor hospital kerajaan mendakwa menerima bayi lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri. Bayi itu dibawa seorang lelaki dipercayai suami pengasuh, pada 7 malam hari kejadian.”

“Hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam di bahagian mulut dan cedera di bahagian dubur mangsa.”

Jelas beliau lagi, menerusi semakan yang dibuat suspek lelaki mempunyai dua rekod berkaitan dadah. Kini, kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Mohd Redzuan Abd Manap

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel