Connect with us

Terkini

Dua Tahun Sudah Cukup, Kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador

Published

on

 4,965 total views,  9 views today

Ketua Polis Negara (KPN) , Tan Sri Abdul Hamid Bador memberitahu tempoh dua tahun sudah mencukupi bagi beliau untuk mengemudi pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut beliau, dia sudah bersedia untuk mengundurkan diri dan telah melakukan yang terbaik sejak dilantik ke jawatan itu secara kontrak pada 3 Mei 2019.

“Saya tidak berhasrat untuk kekal sebagai KPN. Yang bermula pasti akan berakhir.



“Saya sudah berusaha seperti ikrar dan sumpah untuk bertanggungjawab menjaga amanah meningkatkan martabat dan integriti pasukan.

“Saya akui misi ini penuh ranjau, mustahil untuk capai 100 peratus kerana masih ada yang berdegil dan tidak mahu membuang tabiat lama (rasuah),” kata Abdul Hamid pada sidang akhbar terakhirnya di Bukit Aman di sini hari ini.

Abdul Hamid yang akan menamatkan perkhidmatannya pada Isnin depan mengakui beliau sedih melihat seorang demi seorang anggota dan pegawainya diheret ke mahkamah untuk pertuduhan atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.

Dalam pada itu, beliau turut memuji pasukan itu yang berjaya menangani kes-kes berprofil tinggi dan dadah yang menjadi musuh nombor satu negara sejak kebelakangan ini yang menjadi satu tanda aras baharu dalam pasukan PDRM.

Beliau turut mengingatkan warga polis supaya bertindak adil kepada masyarakat tanpa mengira kaum, agama, darjat, asal-usul dan fahaman politik.

“Campur tangan politik mesti dihindarkan, jika tidak maka hancurlah kredibiliti pasukan keramat ini. Parti datang dan pergi PDRM akan kekal untuk menjaga keamanan orang ramai,” katanya.

Terdahulu, Timbalan KPN, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, 60, dilantik KPN baharu bagi menggantikan Abdul Hamid berkuat kuasa pada Selasa depan.

Sumber: Kosmo Online

Politik

Umno Bukan Tiada Otak Desak PRU15 Sewaktu Covid-19 Memuncak

Published

on

 329 total views,  329 views today

Umno tidak terlalu terdesak untuk memaksa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU5) diadakan ketika kes pandemik Covid-19 tinggi, termasuk pada Ogos nanti.

Pengarah Pilihan Raya Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, parti itu meletakkan kepentingan rakyat yang perlu diutamakan dan bukannya mengejar jawatan semata-mata hingga mengabaikan kesihatan umum.

“Kalau masih ada kes Covid-19 tinggi sewaktu Ogos, tidak mungkin kita cadangkan diadakan PRU15. Pemimpin Umno bukan tiada otak. Kami bukan hendak kejar atau kemaruk jawatan sahaja.



“Kami ambil maklum mengenai situasi Covid-19. Cuma harap Ogos nanti dibubarkan Parlimen andai keadaan mengizinkan. Tetapi kalau kes tinggi, mencanak hingga ribu-ribu, kita akan pertimbangkan semula waktu sesuai untuk diadakan PRU.

“Kita akan lakukannya apabila tiba masanya. Macam mana hendak lalu jambatan kalau kita belum sampai. Kita kena akur pada situasi Covid-19,” kata Ahli Parlimen Pasir Salak itu sewaktu memberi bantuan kepada golongan asnaf di Dewan Pekan Rabu, Chenderong Balai di Pasir Salak hari ini.

Dilapor pada Januari lalu, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP), jika PRU diadakan dalam waktu terdekat malah lebih 30 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, telah mengadakan pilihan raya umum ketika mereka berdepan penularan Covid-19.

Manakala pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 Mac lalu, Umno menuntut supaya PRU15 mesti diadakan selepas tempoh darurat tamat, sama ada pada 1 Ogos atau tarikh sebelumnya jika darurat ditamatkan lebih awal.

Tajuddin berkata Umno bukanlah parti yang memberi fokus semata-mata kepada politik sahaja termasuk ketika negara sedang berdepan Covid-19 ini, sebaliknya sedaya upaya menjaga kebajikan rakyat berdepan pandemik tersebut.

“Kalau kita asyik berpolitik, tidak mungkin infrastruktur jalan, kemudahan orang ramai dapat disediakan. Hidup perlu diteruskan walaupun sewaktu pandemik melalui peluang pekerjaan dan ekonomi kepada rakyat,” jelasnya.

 Bernama

Continue Reading

Terkini

“Kami Kembali,” – Selepas 64 Hari, Dr Noor Hisham Kembali Adakan Sidang Media Petang Ini

Published

on

 824 total views,  824 views today

Kementerian Kesihatan Malaysia melalui perkongsiannya di akaun Twitter rasminya memaklumkan bahawa Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan mengadakan sidang media perkembangan terkini COVID-19 pada petang ini.

Sidang media pada hari ini dijangka akan dilangsungkan pada jam 5.30 petang ini selepas kali terakhir sidang media dilakukan beliau pada 4 Mac lalu.


KKM menerusi kemas kininya yang terbaru menyatakan bahawa sidang media yang dijangka berlangsung pada pukul 5.30 petang ini akan diawalkan kepada jam 5 petang.


Dalam perkembangan yang sama, turut dimaklumkan bahawa Menteri Kanan Keselamatan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri akan mengadakan sidang media dijangka pada pukul 5 petang ini.


Bernama TV menerusi kemas kini terbarunya memaklumkan bahawa sidang media Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri yang dijangka berlangsung pada pukul 5 petang ini dibatalkan.


Sumber: Bernama TV/Kementerian Kesihatan Malaysia / SiakapKeli

Continue Reading

Jenayah

Pencuri Sempat ‘Wave’ 2 Kali Selepas Wanita Ini Tak Perasan Kad Banknya Tercicir

Published

on

 1,590 total views,  1,590 views today

Menerusi satu perkongsian dilaman Facebook oleh Nor Hidayah, dia menceritakan kisah di mana dia secara tidak sengaja telah tercicir kad bank miliknya.

Namun kisahnya tidak berakhir di situ apabila kad tersebut didapati telah digunakan oleh seorang lelaki menerusi kaedah pay wave untuk membuat sebarang transaksi tanpa perlu kata laluan.

Semuanya bermula apabila wanita ini pergi ke sebuah stesen petrol bagi mengeluarkan duit, namun dia tidak menyedari kadnya telah tercicir.



Malah menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan dia menyimpan semula kadnya itu ke dalam poket.

“Lepas balik dari office pergi petronas sini (Sg besi bypass) untuk keluarkan duit. Tengok cctv memang simpan dalam poket dan tak ada interaction aku dengan makcik (baju merah) ni. Tah mana dia kutip tak tau lah. Aku suspect kat luar petronas, sebab mungkin masa tu nak keluarkan kunci kete.”

“Masa lepas berbuka tu, dapat notification duit tolak kat kedai vape, padahal masa tu dah 2nd transaction dah. Terus blurr jap. Call bank ingatkan keje scammer. Rupanya aku tak perasan kad hilang. Perasan bila orang bank mintak no kad bank tu. Check-check tepuk dahi aku, rupanya kad aku cicir dia wave kad aku.”

Tidak berakhir di situ, lelaki berkenaan turut menggunakan kad wanita ini dia dua tempat berbeza iaitu farmasi dan kedai vape. Pada masa yang sama, wanita ini sempat untuk membuat panggilan kepada pemilik kedai berkenaan bagi membenarkan dia untuk melihat CCTV bagi mengenal pasti lelaki itu.

“Nampak transaction dia kat kedai vape. sebelum tu dia selamat dah beli kat pharmacy. Aku pon try google kedai vape tu dapat lah no fon. Aku pon call lah. nasib baik taukey kedai vape tu bagi kerjasama and percaya lah kat aku. Dia pon bagi lah gambar cctv. Nak bagi confirm takut aku tersalah orang nak doa ni. Hahaha. Aku pon pergi lah semula petronas. So mintk tengok cctv, confirm lah itu org dia. Aku pon doalah untuk dia. Tak doa bukan-bukan pon. Doa supaya dia semput lepas isap vape tu.”

“Tak de lah, xpe lah nak buat mcm mana. Aku share sini bukan tentu dpt org tu pon. X mencari pon. Saje nak share supaya jdkan pengajaran utk org lain juga. Zaman skrg cctv byk. Zaman moden sng nak trace. Buat salah sekali terus org viral. Tp hebat lg cctv Allah. Sama2 lah kita jaga akhlak kita. Tak kira dimana jua.”

“Bunyi mcm bagus sgt aku kan? Hahaha. Itu tanda aku cuba redha. Nak meroyan pon x guna, salah aku jugek. 🤣 Sedikit sebanyak keburukan wave. Jadikan lah pengajaran dan teladan. Lepas ni elok lah deactivate wave tu.”

“Post ini telah di edit. Supaya wajah suspect ditutup dan elok lah utk simpanan sy dan pihak berwajib yg terlibat sahaja.”

Sumber: Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement

Join our Telegram Channel

Trending