Connect with us

Terkini

Isu Penyampai Berita ‘Sound Setepek’, Pihak Astro Awani Sedia Beri Kerjasama Penuh Kepada PDRM

Sebelum ini, tular mengenai satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh penyampai berita Astro Awani, susulan isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh peniaga yang dikenakan kompaun mencecah RM50k.

Rata-rata netizen menyuarakan sokongan dan pujian kerana ‘keberaniannya’ untuk bersuara berhubung isu tersebut.



Walau bagaimanapun,  kenyataan tersebut didakwa telah menimbulkan fitnah dan pihak polis sedang menyiasat akan kes berkenaan.

Susulan daripada itu, menerusi kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Astro Awani, pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis bagi menyiasat kenyataan yang telah dikeluarkan oleh penyampai berita stesen berkenaan.

Advertisement

Jelas Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail pihaknya sentiasa komited dalam menguatkan lagi hubungan bersama masyarakat dan pihak polis di samping menyajikan berita-berita yang beretika dan berkualiti.

“Kami sentiasa berpendirian bahawa institusi kepolisan negara yang menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat perlu sentiasa dihormati dan dipelihara setiap masa.”

Difahamkan, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Ashwad Ismail

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel