Connect with us

Global

Buat Laporan Teman Lelaki Hilang, Wanita Terkejut Polis Beritahu Pasangannya Tak Pernah Wujud

Tiba-tiba ‘senyap’ daripada menjawab panggilan serta mesejnya, wanita terus laporkan kehilangan kepada pihak polis namun tergamam selepas pihak polis menyatakan bahawa pasangannya itu tidak wujud.

Wanita tersebut mendakwa bahawa dia telah berpacaran selama 2 tahun bersama dengan lelaki itu, dan fikir bahawa mereka ada masa depan bersama, termasuk berkahwin dan mempunyai anak, sehinggalah wabak pandemik koronavirus menyerang pada tahun lalu.

“Saya bersama dengan seorang lelaki selama dua tahun dan fikirkan bahawa saya akan berkahwin dengannya dan mempunyai anak bersamanya, dan menghabiskan sisa hidup kami bersama,” jelasnya. “Tetapi kemudian Covid muncul dan dia memberitahu saya bahawa dia fikir dia telah telah dijangkiti.”



“Katanya dia ingat hendak pergi ke hospital kerana dia rasa keadaannya teruk, namun kemudian secara ajaibnya dia mula berasa semakin sihat.”

Advertisement

Walau bagaimanapun, selepas daripada hari itu, wanita tersebut tidak dengar khabar berita langsung mengenai pasangannya itu, dan ianya secara tidak langsung telah membuatkannya rasa tidak senang hati.

“Tetapi pada hari yang sama dia memberitahu bahawa dia sudah beransur pulih dan sejak dari itu saya sudah tidak lagi menerima khabar berita daripada dia. Dia kemudiannya secara tiba-tiba berhenti menjawab semua panggilan serta mesej saya. Seminggu kemudian telefon bimbitnya terus masuk ke mel suara apabila dihubungi,” lanjutnya.

“Saya berasa panik dan mula menghubungi hospital, memikirkan mungkin ada sesuatu yang terjadi dan dia berada di hospital, namun dia tidak ada pun.”

Selepas mengetahui bahawa pasangannya itu tidak ditahan di mana-mana hospital di kawasan berkenaan, wanita tersebut memutuskan untuk terus menghubungi polis, bagi melaporkan berkenaan kehilangan pasangannya itu.

“Saya menghubungi pihak polis dan membuat laporan kehilangan orang, dan tahukah apa yang mereka beritahu saya? Mereka beritahu bahawa teman lelaki saya itu tidak wujud,” katanya.

Advertisement

“Jadi, bukan saja teman lelaki saya mengabaikan saya dengan pura-pura mati, dia juga turut menipu kepada saya selama 2 tahun berkenaan dengan identiti sebenarnya.”

Selepas berkongsikan tentang kisahnya itu di media sosial, video wanita tersebut telah mendapat hampir 500,000 likes. Pengguna TikTok lain juga turut berkesempatan untuk membuat kesimpulan terhadap lelaki itu.

“100% dia telah berkahwin dan kemudiannya terpaksa bekerja dari rumah,” tulis seorang warganet.

“Anda mungkin baru sahaja melepaskan diri daripada pembunuh bersiri. Phew, nasib baik lelaki itu bertindak sedemikian!”

Sementara itu, yang lain mempersoalkan sama ada dia pernah bertemu keluarga atau rakannya yang boleh dirujuk berkenaan kehilangan lelaki itu, namun dalam video lain, wanita tersebut menjelaskan bahawa dia pernah menemui lelaki itu di hotel secara sendirian.

Advertisement

Sumber: Mirror

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel