Connect with us

Terkini

‘Ingat Malaikat Raqib Dan Atib Mencatat Setiap Perbuatan Kita’ – Tan Sri Abdul Hamid Bador

Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini menyerahkan tugas dan Tongkat Kuasa Ketua Polis Negara kepada Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, di Kuala Lumpur.

Majlis serah terima tugas jawatan nombor satu Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu disaksikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

“Ingat (malaikat) Raqib dan Atib akan mencatat setiap perbuatan kita untuk dihisab.”



Peringatan itu menjadi amanat terakhir Tan Sri Abdul Hamid Bador yang mengakhiri perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara (KPN) ke-12 kepada seluruh anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Advertisement

Memetik Harian Metro, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengingatkan malaikat Raqib dan Atid sentiasa ada di kiri dan kanan bagi mencatat amalan baik dan buruk.

“Saya masih begitu gusar untuk meninggalkan pasukan keramat ini yang masih bergelut dengan konflik ‘war of perception’ yang tidak berkesudahan dan terus menerus dihukum ‘by the court of public opinion’.

“Untuk itu, saya menyeru kepada semua warga PDRM supaya kita dapat memikul tanggungjawab ini dengan penuh amanah. Ya, kita tidak mungkin mampu untuk memuaskan hati lebih 32 juta orang rakyat Malaysia, namun kita mampu untuk berusaha meningkatkan kualiti ‘service delivery’ kepada masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman, hari ini.

Abdul Hamid berkata, beliau juga tidak menyangka perjalanan kariernya sebagai pegawai boleh akan pergi sejauh ini.

“Saya tidak menyangka memulakan perkhidmatan dalam PDRM pada 4 November 1979 akan pergi sejauh ini dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Polis Negara.

Advertisement

“Umum mengetahui saya pernah meninggalkan pasukan untuk bersara pilihan namun selepas tiga tahun saya dipanggil kembali dan kini selepas hampir empat dekad tiba masanya untuk saya mengundur diri,” katanya.

Sementara itu, Ismail yang membaca teks ucapan Hamzah, berkata kemampuan Acryl Sani diyakini akan meneruskan legasi kepemimpinan PDRM selain membawa suntikan baharu untuk memastikan pasukan itu kekal disegani dan dihormati.

“Terima kasih juga kepada Abdul Hamid atas khidmat bakti kepada rakyat sepanjang menjadi polis. Segala bakti beliau kepada negara dan PDM amat besar nilainya.

“Kementerian akan terus memberi sokongan jitu terhadap setiap aspek membela kebajikan anggota PDRM dan komited meningkatkan kekuatan polis dari semasa ke semasa,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel