Friday, December 12, 2025

Tan Sri Abdul Hamid Bador Serah Tongkat Kuasa Ketua Polis Pada Datuk Seri Acryl Sani

May 3, 2021
1 min read

Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini menyerahkan tugas dan Tongkat Kuasa Ketua Polis Negara kepada Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, di Kuala Lumpur.

Majlis serah terima tugas jawatan nombor satu Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu, disaksikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Mohamed Said.



Acryl Sani akan memulakan tugas sebagai Ketua Polis Negara berkuat kuasa esok.

Pelantikan Acryl Sani mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

Tongkat Kuasa jawatan berkenaan diserahkan kepada Acryl Sani sambil disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

– Bernama

HANGAT MINGGU INI

‘Ingat Malaikat Raqib Dan Atib Mencatat Setiap Perbuatan Kita’ – Tan Sri Abdul Hamid Bador

Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini menyerahkan tugas dan Tongkat Kuasa

Dua Tahun Menerajui PDRM, Abdul Hamid Tamat Kontrak Perkhidmatan 4 Mei

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) — “Saya tak berhasrat untuk kekal lebih