Connect with us

Hiburan

Kenapa Marah Sangat Tu Lan Pet Pet?

Pelawak popular, Lan Pet Pet sekali lagi mencuri perhatian apabila tular sebuah video di media sosial memaparkan dia memukul seorang lelaki dipercayai penghantar makanan.

Menerusi video yang dirakam oleh seorang pengguna jalan raya l, kelihatan pelawak dan pelakon dari kumpulan Senario itu merangkul leher lelaki terbabit dan memukul kepalanya.



Turut kelihatan tiga orang lelaki cuba menenangkan Lan daripada terus memukul lelaki itu dalam kejadian yang berlaku di tepi jalan raya itu.

Namun dalam emosi marah, Lan terus menjerkah lelaki itu dengan kata-kata berbaur amaran: “Hang duduk Tropicana nak tunjuk samseng kat aku. Hang tau dak aku sapa?”

Advertisement

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila dan di mana lokasi kejadian itu.

Terdahulu pada 6 April 2019, Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 51, pernah menimbulkan kontroversi apabila memukul seorang pengawal keselamatan, Yahya Manap atau Pak Ya, 71.

Dia turut didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban pada 15 April 2019 selepas mengaku bersalah terhadap perbuatan yang dilakukan di Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel