Connect with us

Terkini

Tular Kisah 28 Anak, 4 Isteri Tinggal Bersama Di Rumah Sewa Sempit

Published

on

 5,525 total views,  66 views today

Hidup dalam keadaan serba daif dan kekurangan di dua rumah sewa bersama anak seramai 28 orang anak dan 4 isteri, itu situasi yang dihadapi sebuah keluarga ketika ditemui sukarelawan.

Menerusi perkongsian oleh seorang sukarelawan bernama Nur Ima Rahman, dia menceritakan yang si ayah mempunyai pendapat yang bercanggah mengenai persekolahan anak-anak.

Meskipun sudah dipelawa untuk mendaftarkan anaknya ke sebuah tahfiz berdekatan, namun tetap ditolak tawaran tersebut.



Ima Rahman menceritakan kesusahan terpaksa ditanggung keluarga yang tinggal dengan menyewa di rumah yang sempit bersama 28 orang anak.

Difahamkan, anak-anak dari keluarga tersebut semuanya tidak mendapatkan pendidikan di sekolah.

“Anak 28 orang. Sulung 20an dah lari tinggalkan keluarga, tinggal adik berderet-deret dan paling bongsu umur setahun. Isteri ke-4 kini sedang mengandung lagi. Menyewa 2 buah rumah yang sempit, zakat bayarkan sewa. 1 rumah ada 2 bilik. 1 bilik, milik 1 isteri. Anak-anak tidur mana? Berselerakkan dalam rumah asalkan masih di bawah bumbung (Katanya anak-anak perempuan di dalam bilik. Harap-haraplah betul).”

“Anak-anak semua tak sekolah. Kata bapanya dia tak ada transport nak hantar anak-anak ke sekolah. Dulu pernah orang kebajikan bantu sewa van untuk anak-anak. Tapi anaknya keluar tak mahu duduk dalam kelas. Bapanya kata anak-anak minda usahawan, genius. Umpama burung, tak suka terkurung.”

“Ini kali ke-2 kami jejakkan kaki ke rumahnya. Pukul 12.00 tengahari, ketuk pintu kuat, hampir 5 minit baru buka sebab isi rumah baru bangun tidur. Dan 5 minit pula tunggu dipelawa masuk, sebab masing-masing kelam kabut kemas rumah.”

Mereka turut berbual bertanyakan perkembangan anak-anak di sekolah.

Namun, si ayah menjawab sudah ada perancangan untuk menghantar anak masuk ke tahfiz.

Bukan itu saja, sukarelawan ini turut mencadangkan sebuah pusat tahfiz yang terletak di Klang, milik sepupunya untuk membantu kemasukkan anak-anak tadi ke situ.

Namun, pelawaan tersebut ditolak oleh si ayah yang menginginkan anak-anaknya mendapat ilmu di Pondok Pasir Tumboh di Kelantan.

Malah, si ayah difahamkan tidak mempunyai kenalan di negeri itu dan tetap bertegas untuk menghantar anaknya ke sana kerana menganggap itu merupakan sekolah pondok yang terbaik di Malaysia.

Dia turut bercita-cita untuk memberi anak-anaknya peluang melanjutkan pelajaran ke Cairo.

Posting sebelum ini bagaimanapun telah diturunkan bagi menghormati keluarga tersebut dan memohon maaf kerana tidak berniat menviralkan posting berkenaan.

Terbaharu, Ima Rahman berkongsi perkembangan terkini di mana terdapat beberapa oleh termasuk NGO yang sudi menghulurkan bantuan kepada keluarga ini.

Di samping itu, pasukan sukarelawan ini turut mendoakan agar anak-anak itu akan bebas dan mengenali dunia di luar sana suatu hari nanti.

“Alhamdulillah. Asbab post sis siang tadi, public figure dan beberapa lagi NGO PM sis dan sudi hulurkan bantuan buat anak soleh solehah. Insyaallah kita support takat mana yang boleh. Jadi sis take down post tersebut. Bukan intention sis untuk viral pun.”

“Buat anak-anak, mungkin hari ni kamu semua rasa malu. Tapi suatu hari nanti, kamu akan bebas keluar dari kepompong dunia itu, kamu akan lihat dunia yang lebih indah. Yang tidurnya selesa, makannya cukup, dan boleh ketawa seronok mencari ilmu bersama kawan-kawan.”

Sumber: Nurul Ima Rahman

Politik

Umno Bukan Tiada Otak Desak PRU15 Sewaktu Covid-19 Memuncak

Published

on

 169 total views,  169 views today

Umno tidak terlalu terdesak untuk memaksa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU5) diadakan ketika kes pandemik Covid-19 tinggi, termasuk pada Ogos nanti.

Pengarah Pilihan Raya Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, parti itu meletakkan kepentingan rakyat yang perlu diutamakan dan bukannya mengejar jawatan semata-mata hingga mengabaikan kesihatan umum.

“Kalau masih ada kes Covid-19 tinggi sewaktu Ogos, tidak mungkin kita cadangkan diadakan PRU15. Pemimpin Umno bukan tiada otak. Kami bukan hendak kejar atau kemaruk jawatan sahaja.



“Kami ambil maklum mengenai situasi Covid-19. Cuma harap Ogos nanti dibubarkan Parlimen andai keadaan mengizinkan. Tetapi kalau kes tinggi, mencanak hingga ribu-ribu, kita akan pertimbangkan semula waktu sesuai untuk diadakan PRU.

“Kita akan lakukannya apabila tiba masanya. Macam mana hendak lalu jambatan kalau kita belum sampai. Kita kena akur pada situasi Covid-19,” kata Ahli Parlimen Pasir Salak itu sewaktu memberi bantuan kepada golongan asnaf di Dewan Pekan Rabu, Chenderong Balai di Pasir Salak hari ini.

Dilapor pada Januari lalu, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP), jika PRU diadakan dalam waktu terdekat malah lebih 30 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, telah mengadakan pilihan raya umum ketika mereka berdepan penularan Covid-19.

Manakala pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 Mac lalu, Umno menuntut supaya PRU15 mesti diadakan selepas tempoh darurat tamat, sama ada pada 1 Ogos atau tarikh sebelumnya jika darurat ditamatkan lebih awal.

Tajuddin berkata Umno bukanlah parti yang memberi fokus semata-mata kepada politik sahaja termasuk ketika negara sedang berdepan Covid-19 ini, sebaliknya sedaya upaya menjaga kebajikan rakyat berdepan pandemik tersebut.

“Kalau kita asyik berpolitik, tidak mungkin infrastruktur jalan, kemudahan orang ramai dapat disediakan. Hidup perlu diteruskan walaupun sewaktu pandemik melalui peluang pekerjaan dan ekonomi kepada rakyat,” jelasnya.

 Bernama

Continue Reading

Terkini

“Kami Kembali,” – Selepas 64 Hari, Dr Noor Hisham Kembali Adakan Sidang Media Petang Ini

Published

on

 660 total views,  660 views today

Kementerian Kesihatan Malaysia melalui perkongsiannya di akaun Twitter rasminya memaklumkan bahawa Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan mengadakan sidang media perkembangan terkini COVID-19 pada petang ini.

Sidang media pada hari ini dijangka akan dilangsungkan pada jam 5.30 petang ini selepas kali terakhir sidang media dilakukan beliau pada 4 Mac lalu.


KKM menerusi kemas kininya yang terbaru menyatakan bahawa sidang media yang dijangka berlangsung pada pukul 5.30 petang ini akan diawalkan kepada jam 5 petang.


Dalam perkembangan yang sama, turut dimaklumkan bahawa Menteri Kanan Keselamatan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri akan mengadakan sidang media dijangka pada pukul 5 petang ini.


Bernama TV menerusi kemas kini terbarunya memaklumkan bahawa sidang media Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri yang dijangka berlangsung pada pukul 5 petang ini dibatalkan.


Sumber: Bernama TV/Kementerian Kesihatan Malaysia / SiakapKeli

Continue Reading

Jenayah

Pencuri Sempat ‘Wave’ 2 Kali Selepas Wanita Ini Tak Perasan Kad Banknya Tercicir

Published

on

 1,494 total views,  1,494 views today

Menerusi satu perkongsian dilaman Facebook oleh Nor Hidayah, dia menceritakan kisah di mana dia secara tidak sengaja telah tercicir kad bank miliknya.

Namun kisahnya tidak berakhir di situ apabila kad tersebut didapati telah digunakan oleh seorang lelaki menerusi kaedah pay wave untuk membuat sebarang transaksi tanpa perlu kata laluan.

Semuanya bermula apabila wanita ini pergi ke sebuah stesen petrol bagi mengeluarkan duit, namun dia tidak menyedari kadnya telah tercicir.



Malah menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan dia menyimpan semula kadnya itu ke dalam poket.

“Lepas balik dari office pergi petronas sini (Sg besi bypass) untuk keluarkan duit. Tengok cctv memang simpan dalam poket dan tak ada interaction aku dengan makcik (baju merah) ni. Tah mana dia kutip tak tau lah. Aku suspect kat luar petronas, sebab mungkin masa tu nak keluarkan kunci kete.”

“Masa lepas berbuka tu, dapat notification duit tolak kat kedai vape, padahal masa tu dah 2nd transaction dah. Terus blurr jap. Call bank ingatkan keje scammer. Rupanya aku tak perasan kad hilang. Perasan bila orang bank mintak no kad bank tu. Check-check tepuk dahi aku, rupanya kad aku cicir dia wave kad aku.”

Tidak berakhir di situ, lelaki berkenaan turut menggunakan kad wanita ini dia dua tempat berbeza iaitu farmasi dan kedai vape. Pada masa yang sama, wanita ini sempat untuk membuat panggilan kepada pemilik kedai berkenaan bagi membenarkan dia untuk melihat CCTV bagi mengenal pasti lelaki itu.

“Nampak transaction dia kat kedai vape. sebelum tu dia selamat dah beli kat pharmacy. Aku pon try google kedai vape tu dapat lah no fon. Aku pon call lah. nasib baik taukey kedai vape tu bagi kerjasama and percaya lah kat aku. Dia pon bagi lah gambar cctv. Nak bagi confirm takut aku tersalah orang nak doa ni. Hahaha. Aku pon pergi lah semula petronas. So mintk tengok cctv, confirm lah itu org dia. Aku pon doalah untuk dia. Tak doa bukan-bukan pon. Doa supaya dia semput lepas isap vape tu.”

“Tak de lah, xpe lah nak buat mcm mana. Aku share sini bukan tentu dpt org tu pon. X mencari pon. Saje nak share supaya jdkan pengajaran utk org lain juga. Zaman skrg cctv byk. Zaman moden sng nak trace. Buat salah sekali terus org viral. Tp hebat lg cctv Allah. Sama2 lah kita jaga akhlak kita. Tak kira dimana jua.”

“Bunyi mcm bagus sgt aku kan? Hahaha. Itu tanda aku cuba redha. Nak meroyan pon x guna, salah aku jugek. 🤣 Sedikit sebanyak keburukan wave. Jadikan lah pengajaran dan teladan. Lepas ni elok lah deactivate wave tu.”

“Post ini telah di edit. Supaya wajah suspect ditutup dan elok lah utk simpanan sy dan pihak berwajib yg terlibat sahaja.”

Sumber: Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement

Join our Telegram Channel

Trending