Connect with us

Global

Isteri Diragut Ketika Menunggang Motor, Siapa Sangka Si Peragut Adalah Suami Sendiri

Seorang lelaki dilaporkan telah ditangkap kerana merompak atau meragut seorang wanita  yang sebenarnya merupakan isterinya sendiri.

Ketika kejadian, lelaki yang berusia 38 tahun itu menunggu ‘mangsanya’ di Jalan Sultan Hasanuddin, Kabupaten Bulukumba, Sulawesi Selatan pada 21 April lalu.

Menurut Indo Zone, pihak polis Bulukumba baru berjaya menangkapnya pada 2 Mei yang lalu atas kesalahan merompak dan kekerasan.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bulukumba, AKP Bayu Wicaksono Febrianto mengatakan bahawa suspek telah mengikuti mangsa iaitu isterinya yang menaiki motosikal berwarna hitam dan menghadang laluannya.

Advertisement

Dia juga dilaporkan menarik rambut serta mengambil telefon bimbit dan motosikal mangsa.

“Hasil pemeriksaan menunjukkan mangsa adalah isteri kepada suspek. Kami telah membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis Bulukumba untuk siasatan lanjut,” katanya.

Motif suspek melakukan perkara tersebut adalah kerana dia kecewa setelah ditinggalkan oleh isterinya.

Menurut Dream.Id, dia dilaporkan kesal kerana isterinya sudah tidak mahu lagi tinggal bersamanya di Kabupaten Sinjai dan hubungan mereka juga sudah tidak baik.

Sumber: Indo ZoneBerita SulselDream.Id

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel