Friday, December 12, 2025

Neelofa, Suami Beri Keterangan Selama Empat Jam

May 5, 2021
1 min read

Tular sebelum ini tindakan Neelofa dan suami, Haris Ismail yang dikatakan telah merentas negeri ke Nilai 3 untuk membeli karpet sehingga menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitandan Mohd Fazley dilaporkan telah memanggil pasangan suami ini untuk memberi keterangan.

Terkini menurut laporan Utusan Malaysia, keterangan telah diambil pihak polis daerah Nilai terhadap pasangan selebriti ini selama empat jam pada 2.30 petang dan selesai 6.45 petang, semalam.



Keterangan diambil susulan penularan gambar dan video di sosial media yang mendakwa Neelofa dan Haris Ismail berada di sebuah premis Pusat Perniagaan Nilai 3.

“Selain itu, keterangan pemilik premis serta pembantu kedai karpet turut dirakamkan. Kertas siasatan akan dirujuk ke kamar Timbalan Pendakwa Raya setelah beberapa tindakan dikemas kini.”

“Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak mensensasikan fakta isu ini dan terus kekal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) demi menjaga kesejahteraan dan keselamatan awam.”

Tindakan tersebut bagaimanapun turut mendapat kecaman netizen dan mempersoalkan selebriti itu mengulangi kesalahan yang sama berulang kali walaupun sudah memohon maaf sebelum ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan iaitu Senior Asisten Komisioner Datuk Che Zakaria Othman memaklumkan tiada sebarang keistimewaan akan diberikan kepada pasangan selebriti tersebut dalam siasatan terhadap mereka berdua.

Malah, siasatan melibatkan kedua-duanya akan berjalan seperti biasa mengikut undang-undang.

Sumber:Utusan Malaysia

HANGAT MINGGU INI

Langkah Perlahan Seorang Ayah Penghidap Parkinson Undang Air Mata di Majlis Perkahwinan Anak

MANILA – Dalam suasana majlis perkahwinan yang penuh bahagia itu, para tetamu

PU Rahmat Ikhsan Tular di Aceh – Momen Sebak Sukarelawan Malaysia Santuni Mangsa Banjir

SUMATERA – Bumi Aceh kini berdepan salah satu bencana terburuk dalam tempoh