Friday, December 12, 2025

‘Saya Tak Kenal Pun Neelofa, Mereka Beli Beberapa Permaidani Dengan Harga Keseluruhan RM10,000’ – Hussein

May 6, 2021
1 min read

Lelaki yang berselfie dengan pasangan selebriti Neelofa dan suaminya, Haris Ismail ketika membeli karpet di Nilai 3, mengakui dia sebenarnya tidak mengenai selebriti itu.

Hussein, 30-an berkata, pasangan itu datang ke premis mereka pada Ahad lalu dan membeli beberapa permaidani yang berkualiti tinggi dengan harga keseluruhan RM10,000.

“Saya tidak kenal pun Neelofa, memang biasanya saya ambil gambar pelanggan dan memuat naik di media sosial. Perkara sama saya lakukan pada Neelofa dan suaminya, tak sangka dia selebriti terkenal.



“Saya hanya tahu Neelofa selebriti terkenal selepas gambar mereka berbelanja di kedai ini viral meluas di media sosial.

“Saya layan mereka seperti pelanggan biasa dan merakam gambar selepas membeli permaidani di sini,” katanya.

Hussein mendedahkan, polis juga datang ke premis mereka untuk mengambil keterangannya dan bertanya mengenai barang yang dibeli pasangan itu, jumlah perbelanjaan dan mengenai premis mereka.

“Polis ingin mendapatkan pengesahan bahawa Neelofa ada berkunjung ke premis kami untuk melengkapkan siasatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua POlis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, kertas siasatan berhubungan pasangan selebriti berkenaan melanggar SOP dengan merentas negeri ke Nilai, kini berada di peringkat akhir.

“Kita sedang memperkemaskan kertas siasatan itu sebelum keputusan selanjutnya dibuat. Kes ini tak besar pun, cuma langgar SOP. Namun perkembangan terbaru nanti kita akan maklumkan kepada pihak media,” katanya.

Sumber: Harian Metro

HANGAT MINGGU INI

Langkah Perlahan Seorang Ayah Penghidap Parkinson Undang Air Mata di Majlis Perkahwinan Anak

MANILA – Dalam suasana majlis perkahwinan yang penuh bahagia itu, para tetamu

PU Rahmat Ikhsan Tular di Aceh – Momen Sebak Sukarelawan Malaysia Santuni Mangsa Banjir

SUMATERA – Bumi Aceh kini berdepan salah satu bencana terburuk dalam tempoh