Connect with us

Jenayah

[ VIDEO] Lelaki Disyaki Beri Anak Hisap Vape Ditahan Polis

Polis menahan seorang lelaki yang tular di media sosial pada Ahad lepas kerana disyaki memberi anaknya yang berusia dua tahun setengah menghisap vape.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di Setapak semalam.



Beliau berkata pada 4.50 petang semalam, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan polis pergi ke sebuah rumah Kampung Baru Air Panas, di Kuala Lumpur untuk menyelamatkan kanak-kanak

“Kedua-dua mereka (ibu dan anak) dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan perubatan dan mereka dimasukkan ke wad di hospital itu.

Advertisement

“Siasatan awal mendapat kejadian berlaku pada Ahad di Taman Sahabat Jaya, Batu Caves, di sini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Arifai berkata lelaki terbabit direman tujuh hari mulai esok hingga Selasa untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 20

Baru-baru ini tular di media sosial, video seorang kanak-kanak lelaki menghisap vape yang disuapkan kepadanya dan perkara itu banyak menerima kecaman netizen.

– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel