Connect with us

Global

[VIDEO] CCTV Rakam Imam Masjid Ditampar Lelaki Tak Dikenali Masa Solat Subuh Berjemaah

Beredar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang lelaki menampar imam yang sedang mengimamkan solat subuh berjemaah di Masjid Baitul ‘Arsy, Pekanbaru, Indonesia.

Imam sedang membaca doa qunut saat lelaki itu menyelinap di antara saf jemaah sebelum menuju ke posisi imam.



Apabila pelaku berada tepat di hadapan imam, dengan tidak semena-mena lelaki itu menampar wajah imam dengan tangan kirinya.

Solat berjemaah langsung berhenti dan para jemaah terus menghampiri pelaku dan mengamankannya.

Advertisement

“Mula-mula dia (pelaku) memukul pundak saya sedikit, saya terkejut apabila ada orang di hadapan saya. Saya ingat jemaah biasa,” kata sang imam, Juhri Ashari kepada Tribunnews.

Juhri agak terdorong ke kiri dek tamparan yang dilayang ke mukanya. Juhri yang baru sebulan menjadi imam masjid mengaku tidak pernah mendapat ancaman seperti itu.

“Dia warga perumahan sebelah, jadi saya tak kenal. Pelaku diduga kurang waras. Katanya dia spontan lewat, dengar orang mengaji, bising dan kuat pula, jadi dia masuk masjid dan pukul saja,” ungkap Juhri kepada Tribunnews.

Sumber: Tribunnews

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel