Connect with us

Terkini

Suami Minta Jahitan Extra Lepas Isteri Bersalin Semata-Mata Untuk Kepuasan Semasa Bersama, Doktor Ini Tinggal Pesanan

Pengorbanan seorang isteri dan ibu memang tidak boleh disangkal lagi. Membawa kandungan selama sembilan bulan serta bertarung nyawa untuk melahirkan anak sudah cukup menggambarkan betapa kuatnya seorang ibu, ditambah pula perlu menguruskan rumah tangga dengan pelbagai tugas.

Ternyata ia bukan satu tugas yang mudah dan dalam situasi sebegini, peranan seorang suami juga amat penting untuk memberi sokongan moral kepada isteri sehingga bersalin.

Namun terdapat segelintir lelaki yang membuat permintaan khas pada doktor untuk membuat ‘daddy stitch’ bagi kepentingan dan kepuasannya sendiri.



Menerusi satu video yang telah dikongsi di TikTok oleh Dr Sandra, dia menjelaskan bahawa tujuan ‘daddy stitch’ dilakukan adalah untuk kepuasan suami isteri ketika mereka ‘bersama’ dengan menganggap faraj akan menjadi ketat semula jika dijahit selepas bersalin.

Advertisement

Namun si isteri yang akan merasa kesan sampingan terhadap jahitan tersebut yang akan membuatkan mereka berasa sakit dah perit terutama ketika bersama yang mana ianya berisiko untuk mengalami pendarahan yang serius.

Lebih menyedihkan lagi apabila seorang suami meminta jahitan berkenaan ditambah tanpa memberitahu atau meminta kebenaran isterinya sendiri.

Selepas bertahun-tahun, wanita itu baru menyedari mengenai kondisinya setelah dia membuat pemeriksaan lanjut dengan doktor.

@drsandramdReply to @nurrul67 please let’s protect women! suami2 tolong la jgn buat camni! say No to husband’s stitch #drsandramd #healthcheck #husbandstitch♬ original sound – Sandra Raman MD

@drsandramdReply to @elyshiaabegail banyak informasi yang bercanggah, kita pun tak tau sangat siapa yang buat macam mane boleh terjadi #drsandramd #husbandstitch♬ original sound – Sandra Raman MD

Sumber : drsandramd

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel