Connect with us

Global

Hari Kedua Pertembungan Antara Rakyat Palestin Dan Polis Israel, Sekurang-kurangnya 90 Dilapor Cedera

Sekurang-kurangnya 90 individu dilaporkan cedera semasa pertembungan antara rakyat Palestin dengan polis Israel di Baitul Maqdis malam tadi, lapor CNN.



Memetik kenyataan persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, kesemua yang tercedera merupakan warga Palestin yang terkena peluru getah atau stun grenades milik Israel. Enam daripadanya merupakan individu berusia bawah 18 tahun, termasuk seorang kanak-kanak 1 tahun.

Sebelum ini, seramai 205 mangsa dilaporkan cedera dalam pertembungan di Masjid Al-Aqsa pada Jumaat lalu.

Menurut CNN, ketegangan meningkat di Baitul Maqdis timur beberapa hari lalu kemungkinan selepas beberapa keluarga warga Palestin dihalau dari sana.

Advertisement

Pada Rabu malam, seramai 22 individu dilaporkan cedera di kejiranan di sana selepas berlaku pertembungan antara puluhan penyokong mereka yang berkumpul di luar kediaman terlibat dengan pihak polis.

Sumber: CNN

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel