Friday, December 05, 2025

Pengemis Lebih Kaya Daripada Pengurus Syarikat Selepas Raih Lebih RM 5k Sebulan, Mampu Bina Rumah & Beli Motor Baru

May 11, 2021
1 min read

Siapa sangka bahawa menjadi pengemis juga boleh mendapatkan wang yang lumayan sehingga boleh membeli motosikal dan membina sebuah rumah.

Itu yang terjadi di Indonesia di mana seorang lelaki dipercayai mengumpulkan wang sebanyak 18 juta Rupiah (RM5,237) sebulan hasil daripada kegiatan mengemis.



Menurut Tribun News, lelaki yang sering mengemis di sekitar Kota Batu, Jawa Timur itu mempunyai pendapatan yang sama atau lebih tinggi daripada gaji pengurus syarikat di bandar itu.

Dia yang disoal oleh wartawan mengakui bahawa dia menggunakan kekurangannya iaitu tidak mempunyai tangan sebagai ‘alat’ untuk meraih belas kasihan daripada orang ramai.

Sering melakukan kegiatannya di hadapan stesen minyak di Jalan Pangeran Diponegoro, dia dilaporkan boleh mendapatkan sekitar 600 ribu Rupiah (RM174) sehari. Malah, jika dia rajin sedikit, dia akan mendapat lebih 1 juta Rupiah sehari.

Lelaki itu yang mengaku berasal dari Daerah Sumbermanjing Wetan, Kabupaten Malang berkata bahawa Kota Batu menjadi ‘lubuk emas’ buat untuk kegiatan mengemis.

Dia dipercayai menggunakan kakinya untuk makan dan minum, serta dibantu oleh rakan ‘sekerja’ yang menghantar dan menjemputnya kembali ke rumah tumpangan di kawasan Kauman, Kota Batu.

Dengan pendapatan yang diperolehinya, dia telah membina sebuah rumah di kampung halamannya dan mempunyai motosikal yang dibawa oleh orang lain untuk menghantar dan menjemputnya.

Di bulan ramadan ini, Kota Batu telah ‘dikuasai’ oleh pengemis yang sebilangan besar berasal dari luar bandar.

Sumber: Tribun News

HANGAT MINGGU INI

Ayah di Sibolga Tidak Berganjak dari Kawasan Tanah Runtuh Selama Tiga Hari Demi Mencari Puteri Tercinta

SUMATERA UTARA – Tragedi tanah runtuh yang berlaku di Sibolga meninggalkan kesedihan

Rakyat Thailand Terharu, Bantuan Dari Malaysia Disambut Dengan Penuh Penghargaan

HATYAI – Menerusi beberapa perkongsian di media sosial termasuk Yala Group, kelihatan