Monday, December 08, 2025

SOP PKP: Hanya 3 Orang Dalam Satu Kereta Bermula 12 Mei

May 11, 2021
1 min read

Kerajaan kini mengehadkan hanya tiga orang boleh berada dalam satu kereta – termasuk pemandunya – bermula 12 Mei hingga 7 Jun.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata demikian susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan kali ketiga (PKP 3.0)

Bagaimanapun, katanya, bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan ekonomi bergantung kepada jumlah yang dibenarkan dalam lesen pendaftaran kenderaan perdagangan.



“Bilangan orang di dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing dihadkan kepada tiga orang sahaja termasuk pemandu.

“Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi/industri adalah bergantung kepada jumlah yang dibenarkan dalam lesen pendaftaran kenderaan perdagangan.

“Bilangan orang yang dibenarkan di dalam pengangkutan awam mestilah mematuhi penjarakan fizikal dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan selepas mempengerusikan sidang khas Majlis Keselamatan Negara hari ini.

HANGAT MINGGU INI

Tak Sempat Buat Majlis Kahwin Sebab PKP, Suami Isteri Bersanding Siap Bawa Anak Kembar

Sejak PKP dikuatkuasakan di Malaysia, ramai pengantin yang terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan

Beberapa Negeri Termasuk Perlis Dijangka Tamatkan ‘Total Lockdown’ Minggu Depan, Beralih Ke Fasa Kedua

Beberapa negeri yang terlibat adalah Perlis, Terengganu dan Kelantan dijangka akan beralih