Connect with us

Terkini

Tinggal Dalam Kereta Uzur Selepas Datang Dari Kedah Ke Selangor Untuk Cari Pekerjaan, Zakat Selangor Hulurkan Bantuan

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya itulah peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan keadaan seorang lelaki yang hidup serba kekurangan.

Kisah lelaki ini diceritakan menerusi satu thread di akaun Twitter rasmi pihak Zakat Selangor. Difahamkan lelaki tersebut hanya tinggal di dalam sebuah kereta yang diletakkan di Denai Alam, Selangor. Lelaki berkenaan memberitahu dia baru sahaja datang dari Kedah dan sedang berusaha mencari pekerjaan di Selangor.

“Kami mendapat aduan seorang yang tinggal di dalam sebuah kereta berhampiran Denai Alam.”



“Skuad Saidina Umar (SSU) berjaya menjejaki beliau di tempat yang dilaporkan. Hasil siasatan menunjukkan beliau baru berhijrah dari Kedah dan sedang mencari pekerjaan di Selangor.”

Advertisement

Apa yang lebih meruntun hati, apabila lelaki berkenaan hanya tidur di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) namun, berikutan penutupan RnR dia terpaksa mencari tempat yang lain. Pada masa yang sama, sehingga kini dia tidak mempunyai sebarang pendapatan dan terpaksa meminta sedekah sebagai alternatif bagi menampung perbelanjaan hariannya.

“Sebelum ini dia tidur di kawasan RnR, tetapi terpaksa keluar kerana kawasan RnR tersebut ditutup. Buat masa ini, dia tidak mempunyai sebarang punca pendapatan dan menjalankan aktiviti meminta sedekah di sekitar kawasan tersebut.

“Buat masa ini, beliau tidak mempunyai sebarang punca pendapatan dan menjalankan aktiviti meminta sedekah di sekitar kawasan tersebut.”

Kini, dia telah didaftarkan sebagai asnaf fakir dan akan mendapat bantuan kewangan bulanan bermula bulan ini. Pada masa yang sama, pihak Zakat Selangor turut cuba bagi mendapatkan rumah sewa sebagai tempat untuknya untuk menginap.

“Beliau telah didaftarkan sebagai asnaf fakir dan bantuan kewangan bulanan akan disalurkan mulai bulan Mei 2021. Kami juga cuba dapatkan rumah sewa untuk dia. Namun, dia memohon agar diberi sedikit masa supaya dia dapat mencari bilik/rumah sewanya sendiri.”

Advertisement

Sumber: Zakat Selangor

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel