Friday, December 12, 2025

Lubnan Lancar 3 Roket Ke Arah Israel

May 14, 2021
1 min read

BAITULMUQADDIS: Sebanyak tiga roket dilancarkan dari Selatan Lubnan menghala ke Israel, semalam.

Menurut sumber ketenteraan Lubnan, roket itu dilancarkan berdekatan kem pelarian Palestin di Rashidiyeh.



Bagaimanapun, tentera Israel berkata, roket itu jatuh ke kawasan laut.

“Sebanyak tiga roket dilancarkan dari Lubnan ke kawasan perairan Mediterranean di pantai Galilea.

“Tiada bunyi siren amaran dipasang,” katanya.

Serangan roket itu dilancarkan selepas Zionis Israel beralih serangan di darat dengan menempatkan pasukannya di kawasan sempadan Gaza-Israel.

Pada 2014, serangan roket turut dilakukan dari selatan Lubnan ke arah utara Israel semasa pencerobohan rejim Zionis di Gaza. -REUTERS

HANGAT MINGGU INI

Keranda bawa mayat wartawan Al-Jazeera terjatuh selepas tentera Israel pukul orang awam dengan belantan

Keganasan meletus di hospital Baitulmaqdis pada Jumaat ketika polis Israel menyuraikan orang

Tersilap identifikasi: Dua anggota komando israel maut ditembak oleh pasukan sendiri ketika rondaan

Dua pegawai daripada pasukan komando tentera Israel dilapor terkorban, selepas ditembak oleh