‘Kami Tidak Akan Membisu’ – Al Jazeera Tidak Tunduk Tekanan

DOHA: Al Jazeera tidak akan tunduk terhadap tekanan, selepas serangan udara dilancarkan Israel terhadap Gaza yang memusnahkan bangunan pejabat agensi berita berkenaan dan The Associated Press (AP).

Ketua Biro Al Jazeera Baitulmaqdis, Walid al-Omari, berkata dalang di sebalik perang yang semakin meruncing di Gaza ketika ini, bukan sekadar ingin menyebabkan kemusnahan dan kematian di wilayah bergolak itu, sebaliknya turut bertujuan menyekat operasi media.


“Mereka nak ‘diamkan’ media yang menjadi saksi, merekodkan dan melaporkan kebenaran di sebalik apa yang berlaku di Gaza. Tetapi ini tidak mungkin berlaku. Ini ialah antara siri jenayah yang didalangi tentera Israel di Semenanjung Gaza,” katanya menerusi siaran langsung, selepas bangunan 13 tingkat, Menara Jala di Gaza dimusnahkan.

Rakaman disiarkan Al Jazeera itu menunjukkan bangunan berkenaan menyembah bumi, selepas bedilan udara yang dilancarkan Israel, sekali gus menyaksikan kepulan habuk dan sisa runtuhan memenuhi persekitaran.

Advertisement

Pemilik Menara Jala, Jawad Mehdi, mendedahkan pegawai perisikan Israel sebelum itu memberi amaran kepadanya untuk memastikan bangunan terbabit dikosongkan, sejam sebelum serangan udara dilancarkan.

Wartawan Al Jazeera di Gaza, Safwat al-Kahlout, yang meluahkan kekecewaan berhubung serangan udara terbabit menerusi Twitter berkata, bangunan berkenaan menyimpan pelbagai kenangan sepanjang beliau berkhidmat di wilayah bergolak itu.

Israel mendakwa jet tempur negara berkenaan membedil sebuah bangunan yang menjadi ‘sarang’ menyimpan aset ketenteraan, milik pasukan risikan pejuang Hamas.

“Bangunan itu juga menempatkan cawangan media awam yang digunakan oleh Hamas sebagai pelindung mereka,” katanya.

Berdasarkan perangkaan pegawai kesihatan rasmi, serangan udara dilancarkan Israel terhadap Gaza, sejak 10 Mei lalu mengorbankan 139 orang, termasuk 39 kanak-kanak dan menyebabkan lebih 1,000 lagi tercedera.

Advertisement

Sementara itu, di Washington, AP terkejut dan takut dengan serangan Israel yang memusnahkan bangunan menempatkan agensi berita berkenaan.

“Ini perkembangan yang membimbangkan. Petugas kami hampir maut,” kata Presiden AP dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Gary Pruitt.

“Selepas ini, dunia hanya mengetahui sedikit perkembangan di Gaza berikutan serangan hari ini,” katanya.

Rumah Putih pula mengingatkan Israel kepentingan melindungi keselamatan media yang bebas.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Jen Psaki menulis di Twitter, “Kami sudah berhubung terus dengan pihak Israel bahawa memastikan keselamatan wartawan dan media bebas tanggungjawab paling utama”. – AFP

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

4 hours ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

1 day ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

3 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

5 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

6 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago