Connect with us

Kemalangan

Pelajar IPTS Maut, Rakan Parah Selepas Audi RS Dipandu Terbabas Rempuh Lori Ayam

Seorang pelajar institut pengajian tinggi swasta (IPTS) maut selepas kenderaan mewah yang dipandunya dipercayai hilang kawalan hingga melanggar lori muatan ayam di KM 179 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.05 petang, mangsa, Muhammad Aiman Mazman, 26, yang memandu kereta jenis Audi RS 7 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.



Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, seorang lelaki berusia 23 tahun yang merupakan penumpang hadapan kenderaan terbabit turut mengalami kecederaan parah di kepala.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati kedua-dua mereka dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah menuju ke Kuala Lumpur.

Advertisement

“Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya di sebelah kanan sebelum berpusing.

“Keadaan itu menyebabkan kereta berkenaan terbabas ke lorong kiri dan melanggar bahagian belakang lori yang dipandu lelaki berusia 55 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mazuki berkata, impak kemalangan itu menyebabkan bumbung kereta terbabit tercabut dengan kesan remuk pada keseluruhan bahagian.

“Kedua-dua mangsa yang terselamat dihantar ke Hospital Parit Buntar bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik hospital sama untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya.

Advertisement

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel