Connect with us

Global

Tidak Pernah Mengalah, Lelaki Cedera Parah Bawah Runtuhan Di Gaza Tunjuk Simbol “Victory”

Umum ketika ini sudahpun sedia maklum dengan ketegangan yang sedang berlaku di Gaza, Palestin.

Pelbagai pihak sama ada dari dalam ataupun diluar negara sentiasa berkongsi maklumat mengenai situasi terkini yang berlaku disana melalui platform media sosial.

Selain video-video, foto-foto yang memaparkan realiti yang sedang berlaku turut dimuat naik untuk tatapan semua.



Salah satunya adalah gambar yang dimuat naik oleh akaun Twitter IlmFeed yang menunjukkan keadaan menyayat hati seorang lelaki yang ditemui dibawah runtuhan bangunan dan berada dalam keadaan cedera parah.

Advertisement

Foto berkenaan dipercayai diambil di Gaza.

Namun, tindakan unik lelaki berkenaan yang sempat menggayakan simbol ”Victory” semasa sedang diselamatkan pantas menjadi viral.

Dari foto berkenaan, lelaki berkenaan seolah-olah ingin memberi isyarat tertentu kepada mana-mana warga dunia yang melihat fotonya.

Menurut laporan sebuah portal berita tempatan di Gaza, lelaki berkenaan dikatakan terperangkap selama 6 jam dibawah runtuhan selepas rumahnya dibom, sebelum diselamatkan orang awam.

Sumber: Twitter IlmFeed

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel