[Video] Rumah Ibadat Givat Ze’ev Israel Runtuh: 2 Maut, Lebih 167 Dikejarkan Ke Hospital

Dua orang terbunuh manakala 167 orang cedera apabila tempat duduk grandstand di rumah ibadat perkampungan Israel Givat Zeev runtuh.

Memetik laporan Kosmo!, jurucakap perkhidmatan kecemasan melalui saluran Israel mengesahkan kejadian tersebut berlaku ketika beratus-ratus orang berkumpul untuk pesta Shavuot Yahudi Ahad lalu.

Kredit foto: dailymail/reuters

Menurut jurucakap perkhidmatan kecemasan, bencana, ambulans dan tabung darah nasional Israel, Magen David Adom, dua yang maut adalah seorang lelaki berusia 40 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun.

Tambahnya lagi, seramai 167 orang dikejarkan ke hospital di mana lima di antaranya cedera parah.

Advertisement
Kredit foto: dailymail/reuters

Difahamkan, tempat duduk bertingkat yang runtuh tersebut tidak kukuh kerana masih dalam pembinaan.

Malah, Komander Polis Yerusalem Doron Tourgeman menegaskan berdoa di bangunan tersebut adalah dilarang.

Sumber: Kosmo!dailymail

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago