Wednesday, December 10, 2025

[VIDEO] Dua Tren LRT Bertembung, Penumpang Cedera

May 24, 2021
1 min read
Please go to your Post editor » Post Settings » Post Formats tab below your editor to enter video URL.

Beberapa penumpang cedera dalam satu insiden melibatkan dua tren LRT laluan Kelana Jaya, malam ini.

Beberapa video serta gambar mengenai kejadian yang memaparkan keadaan tren dengan cermin pecah dan beberapa penumpang cedera dengan kepala berdarah, dikongsi di beberapa platform media sosial.


Turut dikongsi netizen perkembangan semasa suasana dipercayai di Stesen LRT KLCC, dengan pasukan polis dan medik dilihat membantu penumpang-penumpang yang tercedera.

Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataan malam ini mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan trennya bernombor 40 dan 81 terlibat dalam satu insiden dan pasukannya sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat.

“Sila bertenang dan patuhi segala arahan. Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan dan mengawal keadaan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah yang kini berada di Stesen LRT KLCC mengesahkan kejadian.

Perkembangan mengenai insiden berkenaan akan dimaklum dari masa ke semasa.

– Bernama

HANGAT MINGGU INI

213 Mangsa Insiden LRT Terima Bantuan Khas RM1,000

Pengerusi Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan sebanyak RM1,000 bantuan

Enam Mangsa Tragedi LRT Dalam Keadaan Kritikal

Enam penumpang yang terlibat dalam kemalangan melibatkan dua tren Transit Aliran Ringan