Wanita Tampil Mohon Maaf Sebar Berita Palsu Pasal Vaksin

Tindakkan seorang wanita yang menyebarkan berita palsu tentang Vaksin di Malaysia melalui laman Instagramnya menerima padah apabila dia dikecam netizen oleh sebab terlalu mempercayai kata-kata ‘orang lain’ yang percaya Vaksin mampu menyebabkan kematian.

Tangkap layar yang dimuat naik menunjukkan bahawa wanita terbabit mengajak pengikut-pengikutnya di Instagram untuk tidak mengambil vaksin kerana mendengar keburukan dos tersebut daripada seorang doktor pakar.

“Saya cakap berdasarkan apa yang saya tahu saja. Jujur kata, saya bukan jenis yang suka buat kajian. Saya hanya sampaikan apa yang saya tahu dari ibu saya dan juga majikan ibu saya yang merupakan doktor pakar.”


Wanita terbabit juga memberikan kenyataan palsu berkenaan Vaksin AstraVeneca, kononnya vaksin terbabit mampu menyebabkan darah beku di jantung selain turut mengaitkan kematian arwah Haziq tentang pengambilan vaksin terbabit.

Advertisement

Disebabkan kenyataan itu, seorang pengguna laman Twitter bernama @Nadhh11, berang dengan tuduhan tersebut selain turut mengajak wanita terbabit untuk berdebat, tetapi dengan menggunakan fakta dan bukannya mendengar dari kata orang lain.

“Awak ada hujah, jadi mari berdebat. Sebelum itu pastikan hujah awak tidak bermula dengan ‘ada orang kata’ atau ‘ada orang cakap’. Tunjukkan fakta dan statistik tentang perkara yang awak kata itu.”

Akibat kecaman yang diterimanya di media sosial, wanita terbabit tampil memohon maaf melalui kenyataan di laman Instagram berkaitan isu menyebarkan keburukkan pengambilan vaksin tersebut.

Permohonan maaf yang dimuat naik oleh wanita terbabit melalui laman Instagramnya

Sumber: Kosmo!

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago