Semakin hari kes Covid-19 semakin meningkat dalam negara. Hal ini sekaligus memberi kegusaran kepada semua pihak terutamanya para frontliner kerana mereka sedang bertungkus-lumus untuk merawat pesakit-pesakit Covid-19.
Pun begitu, dalam satu posting yang dimuat naik oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Twitter memaklumkan tentang kes Covid-19 di Malaysia meningkat sejak 1 April 2021. Menurutnya, kes tersebut boleh mencetuskan lonjakan yang menegak.
Oleh itu, beliau menggesa supaya orang ramai untuk bersiap sedia menghadapi situasi Covid-19 lebih buruk.
Our daily Covid-19 cases are following an exponential trend as shown by the graph below. The rise of cases started from 1 April 2021 & could trigger a vertical surge. We need to prepare for the worst. Pl help us to stay at home. Only together we can break the chain of infection. pic.twitter.com/zMSoNEt4bf
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 25, 2021
Terkini. 25 Mei. Kes tertinggi dilaporkan hari ini 7,289. #COVID19
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) May 25, 2021
Beliau juga menasihatkan supaya orang ramai untuk tinggal di rumah dan sekiranya perlu keluar hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
Dilaporkan, hari ini Malaysia mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 7,289 kes harian dengan catatan Selangor negeri yang paling tinggi dengan jumlah kes 2,642.
Pecahan kes baharu #COVID19 mengikut negeri, 25 Mei 2021.#JagaDiriJagaKeluarga#StayHome pic.twitter.com/uFVfnfT6nG
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) May 25, 2021
Berikut adalah pecahan kes COVID-19 mengikut negeri:
Pada 25 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,289 kes.
Pecahan setiap negeri:
Selangor : 2,642 kes
Sabah : 266 kes
Johor : 664 kes
WPKL : 604 kes
Sarawak : 513 kes
Pulau Pinang : 380 kes
Negeri Sembilan : 410 kes
Kelantan : 425 kes
Perak : 218 kes
Kedah : 336 kes
Melaka : 258 kes
Pahang : 211 kes
Terengganu : 268 kes
WP Labuan : 63 kes
WP Putrajaya : 23 kes
Perlis : 8 kes
Sumber: Twitter Dr Noor Hisham Abdullah
