Connect with us

Hiburan

Kritik Sultan Johor, Ibu Neelofa Selesai Beri Keterangan

SHAH ALAM – Polis Selangor telah mengambil keterangan ibu seorang selebriti popular, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed pada Selasa berhubung dakwaan mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, Noor Kartini selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada jam 10 pagi dan pihaknya akan memanggil beberapa lagi saksi bagi melengkapkan siasatan.



“Ibu selebriti itu sudah selesai memberi keterangan dan siasatan akan diteruskan dengan memanggil saksi-saksi lain selepas ini,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.

Pada Isnin, media melaporkan kes itu sebelum ini disiasat polis Kuala Lumpur, namun kemudian diserah kepada polis Selangor selepas mendapati insiden berkenaan berlaku di negeri itu.

Advertisement

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya menjalankan siasatan berhubung satu paparan di akaun Instagram milik ibu seorang selebriti popular yang didakwa mengkritik Sultan Ibrahim.



Hasil siasatan mendapati seorang wanita berumur 32 tahun mengaku telah tersilap menggunakan Instagram ibu selebriti berkenaan dengan membuat kapsyen berbentuk kritikan di Instastory akaun Instagram itu. – Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel