Connect with us

Jenayah

Padah Sebar Berita Palsu Tentang Penyebaran Covid-19, Suri Rumah Sarat Hamil Di Perlis Didenda RM5,000

Gara-gara menyebarkan berita palsu berkaitan penularan Covid-19 di aplikasi status Whatsapp, seorang wanita sarat hamil telah didenda RM5,000 di Mahkamah Sesyen, Kangar, Perlis.

Difahamkan, penyebaran berita tidak benar itu dilakukan pada 18 April lalu di Arau.



Memetik laporan daripada Berita Harian, tertuduh yang dikenali dengan nama Norjannah Rusli berusia 28 tahun itu mengaku bersalah atas tindakannya menyebarkan berita palsu di status Whatsapp mengenai penularan wabak Covid-19 di sebuah sekolah di Arau.

Perbuatan tersebut secara tidak langsung telah mencetuskan kebimbangan dan ketakutan dalam kalangan guru, pelajar, kakitangan sekolah dan juga penduduk setempat.

Advertisement

Berikutan daripada itu, tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021.  Menurut sumber, walaupun ini merupakan kesalahan pertama ibu kepada dua orang anak ini tetapi tindakan setimpal perlu dikenakan keatasnya sebagai pengajaran buat semua supaya tidak menyebarkan berita palsu.

Peguam Zuhair yang mewakili tertuduh meminta mahkamah meringankan hukuman kerana tertuduh sedang sarat hamil 28 minggu.

Tambahan pula, suami tertuduh  baru sahaja kehilangan pekerjaan sebagai pemandu lori. Oleh hal demikian, Hakim Musyiri menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 dan tertuduh juga boleh dipenjara lima bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun tertuduh kemudian telah membayar denda tersebut.



Sumber: Berita HarianKosmo

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel