[VIDEO] Jambatan Terputus, Kereta Terjunam Dalam Tasik

Malang tidak berbau, itulah peribahasa yang paling sesuai bagi menggambarkan detik cemas yang berlaku kepada keluarga ini apabila kereta yang dinaiki telah terjunam ke dalam sebuah tasik gara-gara jambatan yang dilalui mereka terputus.

Paling meruntun hati apabila mengetahui salah seorang mangsa yang berada di dalam kenderaan tersebut disahkan meninggal dunia.

Memetik laporan CNN Indonesia, insiden ngeri tersebut berlaku pada 31 Mei 2021 yang lalu di Dermaga Ambarita, Indonesia.

Ketika kejadian, kereta yang dipercayai dinaiki empat orang ahli keluarga ini sedang menyeberang jambatan namun secara tiba-tiba jambatan penghubung di pelabuhan terbabit telah runtuh sehingga menyebabkan kereta jenis Toyota Avanza itu tenggelam di dalam sebuah tasik pada kedalaman 10 meter.

Advertisement


Menurut sumber, ketika kapal berlabuh, kereta pertama hingga keenam yang berada di atas jambatan tersebut selamat menyeberang tetapi ketika kereta ketujuh melalui kawasan itu, angin tiba-tiba bertiup kencang sehingga menyebabkan jambatan terbabit terputus.

Berdasarkan video yang dikongsikan di TikTok, kelihatan sekumpulan lelaki termasuk pihak berkuasa berada di dalam tasik Danau Toba itu untuk menghulurkan bantuan kepada keempat-empat mangsa.

Bukan itu sahaja, mereka turut memberi life jacket kepada kesemua mangsa sebagai langkah keselamatan kerana bimbang kereta tersebut akan tenggelam sepenuhnya.

Berikutan daripada insiden itu, tiga orang mangsa iaitu Neiny Safrina (33 tahun) Farida dan Zulkarnain Tanjung masing-masing berusia 72 tahun berjaya diselamatkan manakala Desy Marizdayani berusia 32 tahun yang berada di bahagian penumpang  belakang disahkan meninggal dunia.

Difahamkan, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini.

Advertisement

 

Sumber: AhmadDavid616CNN Indonesia

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

9 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

11 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago