Connect with us

Terkini

128,150 Syarikat Melibatkan 1.57 Juta Pekerja Dibenarkan Beroperasi Ketika ‘Lockdown’ Setakat Pagi Tadi

Sebanyak 586,308 syarikat mendaftar di bawah COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 setakat pukul 7.30 pagi tadi.

Pendaftaran syarikat-syarikat tersebut yang turut melibatkan 10.2 juta tenaga kerja itu adalah bagi memohon kebenaran beroperasi sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh atau ‘total lockdown’ ketika ini.



Bagaimanapun daripada angka tersebut, hanya 128, 150 syarikat melibatkan 1.57 juta pekerja sahaja yang dibenarkan untuk beroperasi.

Angka tersebut disahkan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, memetik ciapan ringkas BERNAMA hari ini.

Advertisement

“Dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang diumumkan ini, semua aktiviti ekonomi dan sosial tidak dibenarkan kecuali bagi 17 senarai perkhidmatan perlu dengan kapasiti tenaga kerja dihadkan kepada 60%,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan seperti dilapor FMT.

Azmin berkata, sektor yang dibenarkan untuk beroperasi oleh Majlis Keselamatan Negara (MKM) meliputi sektor pembuatan, pertanian, perikanan, penternakan, perladangan dan komoditi, pembinaan dan perdagangan pengedaran.

Dalam pada itu, Azmin menjelaskan MITI bukan penentu tunggal dalam memutuskan sama ada sesuatu sektor perniagaan dianggap sebagai perkhidmatan penting atau sebaliknya.

Advertisement

Katanya, Bank Negara Malaysia juga bertanggungjawab atas surat kebenaran beroperasi untuk institusi kewangan dan perbankan.

Tambah beliau, MITI mengambil maklum tentang aduan beberapa pihak yang mendakwa CIMS 3.0 dibolosi dan mendapat kelulusan walaupun berada di bawah sektor yang tidak dibenarkan beroperasi.

Beliau berkata, MITI terbuka kepada sebarang bentuk aduan mahupun kritikan mengenai sistem CIMS 3.0 bagi menjamin ketelusan dan keberkesanan pelaksanaan sistem itu.

“MITI melalui unit penguatkuasaan dengan kerjasama agensi penguat kuasa lain akan terus memantau dan mengawal pelaksanaan SOP PKP 3.0,” katanya.


Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel