Kantoi Tengah ‘Dine-In’ Di Tingkat 6, Enam Individu Dikompaun RM20k

Berbuih-buih orang pesan suruh ikut SOP, tapi masih ada lagi yang degil! Semalam, seramai enam individu, termasuk pemilik sebuah kedai makan di tingkat enam kompleks perniagaan terkenal berkenaan dikenakan kompaun sebanyak RM20,000.

Kompaun dikenakan kepada pemilik kedai sebanyak RM10,000, manakala bagi 5 individu lagi adalah sebanyak RM2,000 setiap seorang. Ianya dikatakan sendiri oleh Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob.


“Pemeriksaan polis mendapati, pelanggan terbabit sedang menjamu selera di premis berkenaan sekali gus melanggar SOP PKP iaitu makan di kedai atau ‘dine-in’.”

“Polis akan terus menjalankan pemeriksaan dari semasa ke semasa, selain akan mengambil tindakan tegas ke atas orang ramai gagal mematuhi SOP PKP.”

Advertisement

“Ia bagi memastikan usaha memutuskan rantaian wabak COVID-19 berjaya. Kes disiasat mengikut Peraturan 16 PU (A) 243/2021 PKP.”

Jaga diri gais dan jangan lupa ikut SOP yang telahpun ditetapkan. Ingat! Kita masih belum menang.


Sumber: Berita Harian

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

16 hours ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

3 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

4 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

5 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

5 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

6 days ago