Dua Sahabat Menyamar Jadi Pencegah Maksiat Sebelum Bawa Kekasih Orang Ke Hotel Dan Rogol

DUNGUN- Menyamar sebagai pencegah maksiat sebelum merogol seorang wanita yang ditahan bersama teman lelakinya.

Itu kesalahan dipercayai dilakukan dua lelaki berusia 21 dan 28 tahun yang direman lima hari bermula hari ini di sini.


Sumber memberitahu, kedua-kedua suspek yang menyamar sebagai penjawat awam menahan mangsa dan teman lelakinya di hadapan sebuah rumah tumpangan di Kuala Dungun pada 14 Mei lalu.

Suspek juga dipercayai meminta wang tunai RM1,000 untuk menutup kes maksiat yang didakwa dilakukan mangsa dan teman lelakinya itu.

Advertisement

“Selepas mangsa dan teman lelakinya memberitahu tidak dapat membayar wang berkenaan, kedua-kedua suspek melepaskan lelaki tersebut.

“Bagaimanapun, mereka membawa wanita itu ke sebuah hotel lain di bandar Dungun sebelum merogol wanita terbabit,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-kedua lelaki tersebut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 375 (b) Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan dan Seksyen 170 kanun yang sama kerana menyamar sebagai penjawat awam. – Awani

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 day ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

1 day ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

2 days ago

Faisal Dijangka Lalui Prosedur Graf Kulit Minggu Ini – Ketua Perubatan Sukan SFC

SHAH ALAM, 8 Mei (Bernama) -- Lapisan kulit yang akan digunakan dalam prosedur graf kulit… Read More

2 days ago

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Orang awam sempat mengajar mangsa yang dihempap pokok yang… Read More

3 days ago

Pokok Tumbang Hempap Kenderaan Di Depan Hotel Concorde

KUALA LUMPUR 7 Mei (Bernama) -- Sebatang pokok tumbang dan menghempap beberapa buah kereta akibat… Read More

3 days ago