[VIDEO] ‘Mak Sempat telefon & Jerit Minta Tolong’ – Warga Emas Ditemui Rentung Dalam Kebakaran

KUALA TERENGGANU, 7 Jun (Bernama) — “Mak sempat telefon dan menjerit meminta tolong beberapa kali sebelum ditemukan rentung dalam kebakaran.”

Demikian kata Zailah Jusoh, 47, susulan kejadian kebakaran sebuah rumah di Kampung Losong Haji Su di sini, pagi ini yang mengorbankan ibunya Fatimah Mohd, 79 dan mencederakan bapanya Jusoh Muda, 83.


Beliau yang merupakan anak kelapan daripada 11 adik-beradik berkata panggilan daripada ibunya itu diterima sekitar 10.30 pagi dan ketika itu beliau menyangka ayahnya sedang mengalami masalah.

“Masa mak telefon minta tolong, saya tanya kenapa…ayah jatuh ke, tetapi tidak dijawab. Saya kemudian terus bergegas ke rumah mak tetapi ketika itu saya lihat bomba sedang berusaha memadangkan api.

Advertisement

“Ayah ada di depan rumah dengan keadaan kakinya melecur,” katanya yang tinggal di Kampung Kubang Tangga di sini dan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk sampai ke tempat kejadian.

Zailah yang ditemui pemberita berkata ibunya mengalami masalah sakit tulang belakang sejak sembilan tahun lalu dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak, sehingga menyukarkan mangsa untuk menyelamatkan diri.

Beliau yang sebak ketika ditemu bual sempat menyatakan bahawa kali terakhir menemui ibunya ialah pada Sabtu lepas dan mangsa sering menghubunginya untuk membeli barang keperluan dapur.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Md Hilman Abd Rashid berkata mayat mangsa yang rentung ditemukan hanya selepas kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan mangsa didapati berada di atas tanah.

“Mangsa yang uzur tidak dapat menyelamatkan diri ketika kejadian dan dipercayai telah terjatuh apabila rumah kayu tersebut runtuh ketika kebakaran,” katanya.

Advertisement

Md Hilman berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.39 pagi dan seramai 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kota serta Kuala Terengganu dikejarkan ke lokasi kejadian.


— BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago