Connect with us

Terkini

Kapal Pengawal Pantai China Pula Dikesan Di Beting Patinggi Ali

Kapal pengawal pantai China dikesan berada berdekatan Beting Patinggi Ali, Sarawak terletak 84 batu nautika dari Miri, Jumaat lalu.

Perkara itu berlaku empat hari selepas 16 kapal perang China terbang di kawasan yang sama.



Memetik laporan dari Berita Harian, Sumber berkata, kejadian itu sudah dilaporkan oleh beberapa pemancing tempatan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Miri.

Berikutan itu, difahamkan aset Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikerah ke lokasi terbabit untuk mengetatkan kawalan perairan yang turut dikenali sebagai South Luconia Shoals itu.

Advertisement

Bagaimanapun, jurucakap Maritim Malaysia, Sarawak ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak dapat memberikan ulasan lanjut berhubung perkembangan terkini di Laut China Selatan itu.

“Sebarang ulasan (mengenai kehadiran kapal pengawal pantai China) akan dibuat oleh pihak kementerian yang berkaitan,” katanya.

Beting Patinggi Ali adalah gugusan batu karang yang terletak di perairan utara Sarawak dan berada di dalam zon ekonomi eksklusif (ZEE) Malaysia.

Gugusan batu karang itu antara kawasan yang dituntut oleh China melalui tuntutan 9-Dash Line di Laut China Selatan.

Pada Julai tahun lalu, Kerajaan Malaysia menegaskan pendirian untuk menolak tuntutan China di perairan itu melalui surat perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Advertisement



Sumber: BH Online

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel