Wednesday, December 10, 2025

Tajuddin Dikompaun RM1,500 Tak Pakai Pelitup Muka Ketika Sidang Media

June 9, 2021
1 min read

Bekas Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikenakan kompaun RM1,500 kerana gagal memakai pelitup semasa mengadakan sidang media berkaitan kemalangan tren LRT di stesen KLCC, pada 25 Mei.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, kesalahan dilakukan di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-peraturan Pencegah dan Kawalan Penyakit Berjangkit 2021.



“Tawaran kompaun sebanyak RM1,500 akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohamad Zainal menasihati orang ramai supaya terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi wabak COVID-19.

Pada 27 Mei lalu, polis memaklumkan telah memanggil Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak itu untuk dirakam keterangan berhubung dakwaan itu.

Sebelum itu, media melaporkan polis menjalankan siasatan terhadap Tajuddin susulan video yang tular di media sosial menunjukkan Tajuddin tidak memakai pelitup muka ketika sidang media berhubung insiden pelanggaran tren Transit Aliran Ringan (LRT).

Tajuddin ditamatkan perkhidmatannya sebagai Pengerusi Prasarana pada 26 Mei lalu.



Beliau dilantik sebagai Pengerusi kumpulan itu berkuat kuasa 11 Mei 2020 bagi menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim yang meletakkan jawatan pada 7 Mei 2020.

Keputusan dibuat oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) itu dipercayai susulan dakwaan kegagalan Tajuddin mengendalikan sidang akhbar insiden pelanggaran dua tren LRT tersebut. – Awani

HANGAT MINGGU INI

Jangan Desak PN Adakan PRU15 Waktu Pandemik – Tajuddin

Mana-mana parti termasuk Umno tidak perlu mendesak kerajaan Perikatan Nasional supaya mengadakan

“Saya Dimalukan Di Seluruh Malaysia..,” Tajuddin Bercadang Akan Ambil Tindakan Kepada Pihak Yang Memalukannya

Memetik daripada laporan berita Sinar Harian, bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia